PETALING JAYA: Saham global susut, manakala harga minyak dan emas melonjak selepas laporan Israel menyerang Iran pada Jumaat, sebagai serangan balas kepada musuhnya itu. Sehingga berita ini ditulis, emas naik 0.4 peratus pada AS$2,388.32 (RM11,407.9) setiap auns, melonjak seketika setinggi AS$2,417.59 (RM11,547.3) pada awal sesi. Harga mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$2,431.29 (RM11,613.2) minggu lepas. Mata wang yang selamat adalah yen dan franc Switzerland yang didagangkan lebih tinggi. Harga…