NGGB, IOI bina loji pulpa kertas skala besar pertama negara

NGGB, IOI bina loji pulpa kertas skala besar pertama negara

PENGARAH Nextgreen IOI Pulp, Lim Kah Yee (kiri) Datuk Lim Thiam Huat, Datuk Lee Yeow Chor dan Pengarah, Nextgreen IOI Pulp, Amir Mohd Hafiz Amit Khalid dalam majlis tandatangan penjanjian pemegang saham, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nextgreen Global Berhad (NGGB), bersama anak syarikat tidak langsung milik penuh IOI Corporation Berhad (IOI), IOI Paper Pulp Sdn. Bhd. untuk membangunkan loji pulpa kertas skala besar pertama negara di Taman Teknologi Hijau (GTP) NGGB seluas 410 ekar di Pekan, Pahang.

Kedua-dua pihak akan menubuhkan sebuah syarikat persendirian, Nextgreen IOI Pulp Sdn. Bhd. (NIP) Dengan pegangan 55 peratus oleh NGGB manakala IOI memegang baki 45 peratus saham.

Nextgreen IOI Pulp akan membangunkan dan mengendalikan kemudahan pengeluaran pulpa kertas, yang akan mempunyai kapasiti awal 100,000 tan pulpa peluntur kimia setahun, yang diperbuat daripada tandan kosong kelapa sawit (EFB) menggunakan Pulpa Mekanikal Peluntur Prasyarat (Preconditioning Refiner) yang dipatenkan oleh NGGB.

Kilang itu akan mengubah sisa pertanian seperti EFB, sisa produk sampingan biojisim daripada industri kelapa sawit yang biasanya tidak digunakan, diubah menjadi produk hijau dan mampan seperti kertas bebas kayu, kertas tisu, kertas pembungkus premium dan pembungkusan acuan pulpa.

Menurut Pengarah Urusan NGGB, Datuk Lim Thiam Huat, fasa pembangunan itu dijangka akan berlangsung dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dan dianggarkan akan menelan belanja kira-kira RM600 juta.

Jelasnya, dengan mengguna pakai konsep sisa kepada nilai, dapat memastikan produk sampingan daripada setiap bahagian proses pengeluaran pulpa digunakan sepenuhnya.

“Usaha sama ini menyatukan langkah-langkah ESG proaktif kami, menyumbang secara aktif kepada usaha negara untuk mencapai matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan (CEO) IOI, Datuk Lee Yeow Chor berkata, pihaknya sentiasa menganggap penggunaan biojisim berasaskan sawit untuk aplikasi nilai tambah sebagai aktiviti penting dalam ekonomi pekeliling.

“Usaha sama ini akan membantu IOI untuk mengorak langkah penting ke arah mencapai sasaran pelepasan siifar bersih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN