Musim perayaan dijangka dorong inflasi Mac naik

Musim perayaan dijangka dorong inflasi Mac naik

BAZAR Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru-baru ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING RAYA: Penganalisis ekonomi menjangkakan kadar inflasi pada bulan Mac bakal mengalami peningkatan pada 1.8 hingga 1.9 peratus.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, faktor utama peningkatan adalah permintaan tinggi daripada penggunaan berbanding pada bulan-bulan biasa.

Menurutnya, sejak bermula tempoh permulaan Ramadan sehinggalah memasuki musim perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, jualan terhadap barangan keperluan di pasaran meningkat.

“Maka apabila permintaan tinggi pada musim perayaan, maka terdapat peningkatan harga pada barangan, tidak kira barang keperluan isi rumah dan pakaian,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

 Katanya, selain itu, peningkatan kos bil utiliti yang dipengaruhi oleh pengenaan cukai dan  disebabkan terlebih penggunaan akibat cuaca panas pada ketika ini termasuk bulan lepas, juga menyumbang kepada kenaikkan inflasi tersebut.

Tambahnya, kenaikan inflasi ini diyakini mungkin tidak akan melebihi dua peratus dan hanya berlaku untuk tempoh sementara waktu, disebabkan permintaan tinggi daripada pengguna, sehingga menyebabkan kenaikkan harga.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kerajaan perlu memastikan pendapatan sentiasa menigkat  dan pertumbuhan keuntungan melebihi daripada peratus kenaikan inflasi.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga perlu memastikan keuntungan atau dividen pendapatan dalam simpanan juga perlu melepasi peratus inflasi semasa.

 Sementara itu, penganalisis ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat inflasi pada bulan Mac naik sehingga dua peratus.

Jelasnya, faktor yang menyebabkan keadaan tersebut ialah berikutan dasar percukaian terutamanya yang berkait apat tentang cukai perkhidmatan yang meningkat daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Justeru beliau mejangkakan unjuran inflasi pada tahun ini berkemungkinan sekitar 3.0 peratus  hingga 3.5 peratus  bergantung kepada perubahan harga minyak petrol. 

Beliau berkata, jangkaan untuk keseluruhan tahun tersebut mungkin terlalu awal dan perlu melihat pada keadaaan harga masa dari semasa.

Dalam pada itu, bagi mengawal kenaikan inflasi daripada meningkat secara mendadak, beliau mencadangkan bantuan tunai bersasar dan dasar kawalan harga disamping penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan lebih meluas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN