Muhtar dilantik CEO Kumpulan EPIC baharu - Utusan Malaysia

Muhtar dilantik CEO Kumpulan EPIC baharu

MUKTAR SUHAILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) melantik Muhtar Suhaili sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Kumpulan EPIC yang baharu berkuat kuasa pada Rabu ini.

Pelantikan tersebut adalah untuk menggantikan Ridzuan Ali yang akan menamatkan perkhidmatan beliau esok.

Sebelum ini, Muhtar adalah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC sejak Disember 2022.

EPIC dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, misi Muhtar adalah untuk menjana pertumbuhan perniagaan syarikat di samping memperkasa sumber tenaga modal insan dengan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian beliau di sektor minyak dan gas.

“Muhtar berhasrat menggunakan pengalaman mengendalikan pelbagai projek mega dan pengurusan kontrak perniagaan di peringkat tempatan mahupun luar negara untuk membawa EPIC ke peringkat kejayaan yang lebih tinggi.

“Dengan pengalaman dan kepakaran yang luas, Kumpulan EPIC yakin bahawa di bawah kepimpinan Muhtar akan mampu untuk terus meningkatkan prestasinya dalam membangunkan syarikat sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan Negeri Terengganu,” menurut kenyataan itu.

Muhtar mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri minyak dan gas, automotif, komoditi, pengurusan pelabuhan, sektor logistik, dan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau telah mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekatronik.

Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Curtin University Australia serta memperoleh Ijazah Sarjana Teknologi Petroleum.

“Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan,” tambah kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN