MUKADIMAH
PRODUK vape sentiasa mendapat tanggapan negatif daripada orang ramai kerana disamakan dengan tabiat merokok.
Namun, jenama produk vape, LOST MARY menekankan pihaknya sentiasa memastikan penggunaan produk mereka hanya untuk golongan dewasa dan mengikut undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
Tidak dinafikan, memasarkan produk vape di negara ini mempunyai cabaran tersendiri. Ikuti temu bual Utusan Malaysia bersama Pengurus Negara LOST MARY Malaysia, CARLSON LEONG dan Pengarah Komunikasi Global, JACQUES LI mengenai pematuhan operasi dan rang undangundang penggunaan vape di Malaysia.
Apakah pendirian LOST MARY terhadap rang undang-undang kawalan produk merokok untuk kesihatan awam?
Kami memberi sokongan kepada rang undang-undang ini dan matlamatnya untuk mengawal selia industri vape dengan lebih baik. Di LOST MARY, kami berdedikasi terhadap pematuhan dalam operasi kami di pasaran global yang berbeza.
Apakah cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri vape tempatan sebelum rang undang-undang baharu dilaksanakan?
Salah satu isu yang membimbangkan adalah perlindungan terhadap golongan muda yang menjadi cabaran berterusan dan topik popular di kebanyakan pasaran global seperti di UK, dan lain-lain. Harus diberi perhatian bahawa, LOST MARY memberi sokongan kepada perundangan dan peraturan yang berkesan bagi mencegah pembelian dan penggunaan produk kami oleh golongan bawah umur.
Produk LOST MARY tidak pernah ditujukan atau dipasarkan untuk golongan bawah umur, misalnya ia tidak menggunakan reka bentuk berkaitan kartun. Sementara itu, LOST MARY merancang untuk memberikan nama baharu kepada beberapa perisa di pasaran global. Langkah ini mengambil masa dan kami akan meneruskan usaha untuk melindungi golongan bawah umur di pasaran lain termasuk Malaysia.
Produk tiruan jenama LOST MARY sememangnya berleluasa di pasaran global. Keperluan pendaftaran berserta penguatkuasaan yang ketat boleh mengurangkan isu pemalsuan produk. Kami menyarankan semua pengguna seharusnya membeli produk vape menerusi saluran rasmi memandangkan produk yang tidak berlesen dan tidak dikawal mungkin mengandungi bahan yang tidak pasti.
Pelanggan boleh menggunakan kod kebenaran unik untuk mengesahkan ketulenan produk di laman sesawang rasmi kami.
Di samping itu, kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di pasaran berbeza untuk membanteras pengeluar produk tiruan. Dan ini merupakan usaha berterusan yang mana kira-kira 200 pengeluar produk tiruan menghentikan operasi dalam serbuan kami bersama pihak berkuasa China pada tahun 2022.
Bagaimana rang undang-undang ini akan membawa manfaat kepada industri?
Di LOST MARY, kami yakin bahawa Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang terkini sangat bermanfaat kepada jangka hayat dan reputasi industri ini.
Tiada pengiklanan dan promosi yang dapat membantu untuk menghalang golongan bawah umur ini daripada tertarik kepada produk vape.
Pendaftaran produk boleh mencegah pemalsuan yang berleluasa di pelbagai pasaran dan berkemungkinan menimbulkan risiko kesihatan dari segi pengambilan bahan yang tidak diketahui.
Perspektif tentang cara rang undang-undang menangani kelemahan semasa dalam peraturan sedia ada?
Rang Undang-undang berkenaan melarang penjualan tembakau termasuk produk vape kepada golongan bawah umur.
Mencegah golongan bawah umur daripada terdedah kepada produk vape dari segi larangan pengiklanan.
Kawal selia semua pasaran dan kurangkan pemalsuan menerusi pendaftaran yang lebih ketat.
Rang undang-undang berkenaan sangat membantu tetapi kita juga perlu memberi tumpuan terhadap cara penguatkuasaan undang-undang ini.
Potensi faedah undang-undang ini untuk perniagaan, pengguna dan kesihatan awam
Perniagaan:
Pasaran yang dikawal selia dengan baik: Semua produk vape perlu didaftarkan dengan peraturan yang lebih ketat. Peraturan ini dapat membantu untuk mengurangkan kes pemalsuan produk. LOST MARY mengekalkan dasar tiada toleransi untuk produk palsu. Kami menyediakan kod kebenaran unik untuk pelanggan mengesahkan ketulenan produk di laman sesawang rasmi kami. Sementara itu, kami juga menyeru semua pengguna supaya sentiasa membeli produk vape daripada saluran rasmi memandangkan produk tiruan boleh mengancam keselamatan pengguna.
Di samping itu, kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di pasaran berbeza untuk membanteras pengeluar produk tiruan. Dan ini merupakan usaha berterusan yang mana kira-kira 200 pengeluar produk tiruan menghentikan operasi dalam serbuan kami bersama pihak berkuasa China pada tahun 2022.
Pengguna:
Melindungi golongan muda: Untuk mengelakkan golongan bawah umur daripada tertarik kepada produk vape dari segi larangan pengiklanan, promosi dan penajaan.
Impak positif rang undang-undang dalam mengurangkan kadar merokok, terutamanya dalam kalangan belia.
Larangan pengiklanan, promosi dan penajaan boleh membantu mengelakkan produk vape daripada dipamerkan kepada golongan bawah umur. LOST MARY telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mencegah golongan muda daripada mendapatkan produk vape: Kami perlu tekankan bahawa produk LOST MARY tidak pernah dirancang penggunaannya untuk golongan bawah umur, dan kami menyokong perundangan berkesan untuk mencegah pembelian dan penggunaan produk kami oleh golongan bawah umur.
Pembungkusan produk kami mengandungi label amaran dan kod QR untuk mengesahkan ketulenan produk.
Produk kami tidak dipasarkan menggunakan kartun, imej kartun, anime atau reka bentuk seumpamanya yang lain.
Bagi mencegah golongan bawah umur daripada tertarik kepada perisa manis dan perisa gula-gula, LOST MARY dijadualkan untuk memberikan nama baharu kepada beberapa perisa di pasaran global. Langkah ini mengambil masa dan kami akan meneruskan usaha untuk melindungi golongan bawah umur di pasaran lain termasuk Malaysia. – UTUSAN










