PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh Kumpulan Kitacon Berhad telah menerima surat kontrak untuk kerja-kerja bangunan utama berjumlah RM134.8 juta daripada Tropicana Alam Sdn. Bhd.
Cadangan pembinaan dan penyiapan Fasa 1 (Avisa) melibatkan 399 unit rumah teres dua tingkat (20′ x 70′), 32 unit rumah teres dua tingkat (22′ x 70′), tiga unit pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) (dua ruang) di Persiaran Puncak Alam.
Kumpulan itu memaklumkan, kontrak itu akan bermula pada 18 April 2024, dan akan siap dalam tempoh 22 bulan pada tarikh permulaan.
“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya sehingga tamat tempoh kontrak.
“Ia tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham Kumpulan Kitacon Berhad,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, faktor risiko yang mempengaruhi kontrak termasuk perubahan dalam persekitaran ekonomi, politik dan pengawalseliaan serta risiko operasi seperti risiko penyiapan serta kekurangan bahan dan tenaga kerja mahir yang mana kumpulan akan mengambil langkah yang sesuai untuk diminimumkan. – UTUSAN










