PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Februari 2024, menurun berbanding AS$115.4 bilion pada 15 Februari lalu.
Bank pusat dalam kenyataan berkata, paras rizab memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
BNM berkata, daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing berjumlah AS$114.3 bilion, diikuti oleh kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).
Jelas BNM, jumlah aset adalah sebanyak RM629.18 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM524.44 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.51 bilion), tanah serta bangunan (RM4.13 bilion) dan aset lain (RM60.68 bilion).
Bagi jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM629.18 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM187.42 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.37 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.45 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.24 bilion), lain-lain deposit (RM39.65 bilion), kertas Bank Negara (RM27.47 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti lain (RM3.75 bilion). –UTUSAN











