Ringgit dijangka berada sekitar 4.65 dalam tempoh tiga bulan ini

Ringgit dijangka berada sekitar 4.65 dalam tempoh tiga bulan ini – AmBank Research

ringgit
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  AmBank Research mengunjurkan ringgit akan berada sekitar 4.65 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh tiga bulan akan datang, didorong oleh hala tuju dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang stabil dan konsisten.

Dalam nota penyelidikannya, ringgit telah meningkat kepada paras 4.680 berbanding dolar AS pada masa ini daripada paras tertinggi baru-baru ini pada 4.810.

Katanya, terdapat beberapa pemacu yang membantu sentimen ringgit dan faktor itu akan terus memberi manfaat kepada mata wang negara dalam jangka pendek (sehingga tiga bulan)

“Hala tuju dasar monetari BNM yang stabil dan konsisten memberi ketenangan kepada pasaran, manakala Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dijangka bergerak mengikut rancangan dan dijangka mengurangkan kadar dana persekutuan (FFR) menjelang suku kedua atau ketiga 2024.

“Kenyataan Gabenor BNM (Datuk Abdul Rasheed Ghaffour) dan kenyataan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terkini bahawa terdapat usaha yang diselaraskan untuk meningkatkan aliran masuk dari luar negara turut menjadi pendorong.

“Ini terutamanya dengan penglibatan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk menggalakkan penghantaran pulang yang lebih konsisten dan penukaran pendapatan pelaburan asing mereka,” katanya di sini, semalam.

Firma penyelidikan berkata, terdapat juga tanda-tanda bahawa penetapan harga yang lebih baik bagi kelemahan Indeks Dolar AS (DXY) dan penilaian ringgit yang rendah mendorong penukaran mata wang kepada ringgit.

AmBank Research berkata, BNM mengekalkan Kadar Dasar Semalam (OPR) bulan ini pada 3.00 peratus dan kenyataan MPC terkini memberikan pandangan neutral terhadap hala tuju dasar monetari Malaysia. 

“Kami menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR pada paras semasa sepanjang tahun ini walaupun campur tangan dari segi penawaran berterusan.

“Namun, asas ekonomi Malaysia kekal kukuh dan jauh daripada kemelesetan, tidak seperti ekonomi maju. Perbezaan kadar faedah yang dijangka lebih kecil dan isyarat jelas pemotongan kadar faedah oleh Fed yang akan berlaku adalah positif kepada ringgit,” ujarnya.

AmBank Research mengekalkan ramalan akhir tahunnya pada 4.50 dengan kemungkinan penurunan sebanyak 4.60 berbanding dolar AS.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN