IPO: Keyfield jangka raih RM188.1 juta di Pasaran Utama - Utusan Malaysia

IPO: Keyfield jangka raih RM188.1 juta di Pasaran Utama

KETUA Pegawai Eksekutif Keyfield International Berhad, Datuk Darren Kee Chit Huei (tiga kiri) bersama Ketua Kewangan Korporat M&A Securities Sdn Bhd, Gary Ting (kiri) bergambar pada majlis pelancaran Prospektus IPO Keyfield International Berhad di Hotel St. Regis di sini, semalam. - FARIZ RUSADIO/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Firma perkhidmatan minyak dan gas, Keyfield International Berhad (Keyfield) dijangka meraih RM188.1 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menerusi terbitan 209 juta saham biasa pada harga 90 sen sesaham.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Darren Kee Chit Huei berkata, hasil itu akan digunakan terutamanya untuk menebus saham keutamaan tidak boleh tukar boleh tebus kumulatif (CRNCPS).

Ujarnya, CRNCPS itu adalah untuk memperoleh tiga kapal iaitu Keyfield Compassion, Keyfield Commander dan Keyfield Grace.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, hasil itu juga bagi menyelesaikan pertimbangan pembelian baki untuk dua kapal, iaitu Blooming Wisdom dan Keyfield Helms 1.

“Baki hasil akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank, modal kerja dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian, serta membayar 20 peratus daripada keuntungan sebagai dividen,” ujarnya selepas Majlis Pelancaran Prospektus Keyfield, di sini semalam.

Menurut beliau, kumpulan pada masa ini memiliki 11 kapal tempatan dengan kapasiti antara 50 hingga 500 orang.

“Keyfield merupakan pakar penginapan luar pesisir yang bersedia dalam pertumbuhan berterusan untuk mengatasi lonjakan permintaan.

“Kami juga merupakan salah satu armada terkemuka Malaysia yang merupakan pemilik bot kerja penginapan terdorong,” ujarnya.

Chit Huei berkata, Keyfield berhasrat untuk mengukuhkan bahagian pasaran melalui pengembangan armada, selain meluaskan tawaran perkhidmatan termasuk penyewaan sauh, mengendalikan kapal tunda dan bekalan.

“Ia juga berfungsi sebagai kapal penginapan bersaiz lebih kecil bagi memenuhi permintaan industri minyak dan gas tempatan yang semakin meningkat.

“Kami berusaha untuk terus menyumbang secara positif kepada industri dengan menawarkan rangkaian komprehensif kapal dan perkhidmatan penginapan berkualiti yang mematuhi garis panduan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar industri,” ujarnya.

Beliau berkata, penggearan proforma Keyfield akan menjadi 0.1 kali ganda selepas penggunaan hasil IPO.

“Selepas IPO, kami akan mempunyai kunci kira-kira yang kukuh dengan penggearan proforma sebanyak 0.1 kali.

Tawaran itu akan ditutup pada April 2024 dan dijangka disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 22 April 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN