Caruman KWSP 2023 naik 15% kepada RM97.6b, ahli 16.07 juta

Caruman KWSP 2023 naik 15% kepada RM97.6 bilion, ahli berjumlah 16.07 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada 460,447 setakat Disember 2023, menjadikan jumlah ahli seramai 16.07 juta.

KWSP berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.52 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.03 juta tenaga buruh Malaysia pada akhir 2023.

Katanya, pangkalan ahli aktif KWSP kekal konsisten pada 53%:47% daripada nisbah ahli aktif kepada tidak aktif pada Disember 2023, yang diperoleh daripada nisbah ahli aktif sebanyak 8.52 juta berbanding jumlah ahli pada 16.07 juta.

“Peningkatan positif dalam jumlah ahli aktif KWSP berbanding jumlah tenaga buruh Malaysia adalah hasil daripada inisiatif pelebaran liputan KWSP,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, dengan memperluaskan liputan KWSP, ia memastikan lebih ramai individu mempunyai akses kepada perlindungan sosial yang sewajarnya dan jaminan pendapatan masa depan, sekaligus
memupuk keterangkuman kewangan dan daya tahan yang lebih baik di kalangan masyarakat.

Menurut KWSP, secara keseluruhan, jumlah caruman diterima sepanjang 2023 meningkat kepada RM97.56 bilion, naik sebanyak 15 peratus daripada 2022.

“Kenaikan ini mencerminkan peningkatan dalam kapasiti kewangan ahli berikutan pemulihan pendapatan, pekerjaan dan ekonomi yang p0rogresif.

“Ia juga mencerminkan tahap kepercayaan ahli yang berterusan terhadap KWSP untuk melindungi simpanan mereka,” katanya.

KWSP merekodkan pendaftaran majikan baharu sebanyak 82,005 pada akhir 2023, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 606,187. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×