PETALING JAYA: TH Plantations Berhad (THP) mencatatkan penyusutan keuntungan selepas cukai kepada RM60.10 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, berbanding RM87.94 juta tahun sebelumnya. Prestasi yang lebih rendah berikutan purata harga minyak sawit mentah (MSM), isirong sawit (PK) dan buah tandan segar (BTS) yang lebih rendah, walaupun pengeluaran BTS meningkat 13.21 peratus kepada 787,741 tan metrik (Mt) daripada 695,824 Mt. Tambah THP, hasil BTS juga meningkat kepada 15.18…










