PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat penuhnya, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) bercadang melaksanakan projek solar terapung 2,500 Megawatt (MW) Hibrid Hidro (HHFS). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, inisiatif Peralihan Tenaga itu bertanggungjawab dalam menyediakan solusi tenaga lestari dengan impak ekologi yang positif. Beliau berkata, dengan menggunakan air untuk pepasangan solar, TNB boleh menjimatkan penggunaan tanah, mengekalkan habitat…










