PETALING JAYA: Malaysia Airports memeterai perjanjian dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. (Alstom) untuk melaksanakan projek penggantian aerotrain kembali mengikut jadual. Menurut kenyataannya, perjanjian juga dimeterai dengan syarikat usaha sama yang terdiri daripada IJM Construction Sdn. Bhd. dan Pestech Technology Sdn. Bhd. (IJMC-Pestech JV) untuk projek terbabit. Di bawah perjanjian baharu ini, Alstom, pengeluar peralatan asal (OEM) aerotrain baharu akan bertindak sebagai peneraju penyelarasan projek dan bertanggungjawab ke atas…










