Potensi KOPRO sebagai hab halal PMKS, pekerja

Potensi KOPRO sebagai hab halal PMKS, pekerja

MOHD.IZHAR di hadapan salah sebuah rangkaian kedai milik KOPRO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Proton Bhd. (KOPRO) menyatakan komitmen bagi menyumbang kepada peningkatan sektor halal dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.

Pengurus Kanan KOPRO, Mohd. Izhar Abd. Shukor berkata, langkah itu dibuat selepas melihat potensi badan tersebut untuk dijadikan hab halal dan perantara sektor PMKS serta pekerja-pekrja di syarikat berkenaan.

Justeru katanya, keutamaan sentiasa diberikan kepada mana-mana pemain industri PMKS untuk memasarkan produk mereka di premis perniagaan KOPRO.

“Semenangnya sektor halal ada permintaan tinggi dan di KOPRO terdapat hampir 100 peratus halal.

“Jadi kita sememangnya membuka peluang terutama kepada pemain industri yang terdiri daripada produk Bumiputera dan Muslim,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Izhar berkata, walaubagaimanapun, terdapat cabaran tersendiri dalam usaha menjadikan KOPRO sebagai hab halal.

“Apabila bercakap soal bab halal, ia akan melibatkan jumlah permintaan yang besar dengan harga yang kompetitif dan kita secara tidak langsung menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan barangan halal bukan sahaja dalam kalangan pekerja tetapi pengusaha kedai makan atau kantin.

“Persoalannya, sejauh mana kita boleh dapat harga yang betul-betul kompetitif daripada pemborong dan dalam masa yang sama kita nak menjual kepada pengusaha atau pelanggan yang perlu menjual barangan tersebut akan dijual balik,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Izhar berkata, KOPRO turut juga menjadi pemangkin dan nilai tambah kepada ekonomi negara serta kawasan sekitar terutama di bandar Tanjung Malim.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN