OPR dijangka kekal

OPR dijangka kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalam (OPR) dalam keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Monetari BNM yang berkemungkinan diadakan minggu depan.

Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Profesor Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, ramalan itu berdasarkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedahnya.

Menurutnya, kadar faedah dikenakan oleh AS sama ada di­tingkatkan atau diturunkan akan mempengaruhi keputusan BNM terhadap OPR kerana ada kaitan dengan keadaan ekonomi glo­bal.

“Sehubungan itu, kadar inflasi negara yang kian menurun merupakan satu petunjuk di mana ekonomi dan harga barang juga kian stabil.

“Maka di sini kita melihat tiada keperluan untuk menaikkan OPR dan diharapkan dapat diturunkan lagi bagi memberi sedikit kelegaan pada kos perbelanjaan,” jelasnya.

Tahun lalu, kadar inflasi negara yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) menurun kepada 2.0 peratus sekali gus menunjukkan kadar paling rendah pada 2023.

Sementara itu, penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kadar OPR yang direndahkan tiga peratus sebelum ini dilihat masih jauh daripada kadar faedah Rizab Persekutuan AS, iaitu 5.25 peratus yang dijangka dikekalkan lebih lama pada tahun ini dan tidak akan dikurangkan dalam tempoh masa terdekat.

“Ekonomi global dijangka lebih perlahan pada 2024 de­ngan dua ekonomi terbesar dunia, AS dan China diunjurkan lebih perlahan tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN