PETALING JAYA: MyHSR Corp Sdn. Bhd. masih belum bersedia untuk mengumumkan syarikat atau konsortium yang membida untuk projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Pengerusinya, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata, pihaknya akan berurusan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung perkara terbabit terlebih dahulu. “Maklumat ini, saya belum bersedia untuk memaklumkan. Saya akan berurusan dengan Menteri Pengangkutan untuk mendapatkan keizinan mereka dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.…










