Anwar syor tubuh jawatankuasa pulihara KLSCAH yang cecah 100 tahun

Anwar syor tubuh jawatankuasa pulihara KLSCAH yang cecah 100 tahun

ANWAR Ibrahim hadir memeriahkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini. / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penubuhan jawatankuasa kerjasama khas bagi menyelaras usaha pemeliharaan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) yang kini hampir mencecah usia 100 tahun.

Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu dicadangkan dianggotai tiga pemimpin iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan pengiktirafan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat dilakukan dengan baik.

“Saya telah menugaskan Hannah untuk bekerjasama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan membawa perkara ini kepada saya untuk disesuaikan.

“Bangunan ini bukan sekadar struktur fizikal tetapi merupakan warisan. Oleh itu, kerajaan perlu bekerjasama dan memastikan segala syarat serta keperluan dipenuhi supaya warisan ini terus terpulihara dan diberikan pertimbangan khas.

“Saya ingin jawatankuasa bersama tiga menteri bekerjasama supaya tempat ini dapat dipelihara,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran KLSCAH, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN