Pas mahu terajui PN, umum calon pengerusi Ahad ini

Pas mahu terajui PN, umum calon Pengerusi Ahad

TAKIYUDDIN Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menegaskan parti itu mahu menerajui Perikatan Nasional (PN) dan akan mengumumkan calon pengerusi gabungan tersebut Ahad ini, menerusi Mesyuarat Luar Biasa Majlis Teringgi PN.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara tersebut telah persetujui oleh parti komponen dalam PN.

“Sebelum ini memang ada mengatakan terdapat parti yang tidak bersetuju pelantikan Pengerusi daripada Pas, namun perkara itu tidak berbangkit.

“Semua sudah bersetuju dengan pelantikan Pengerusi daripada Pas,” katanya semasa menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman Presiden Gabungan Pertubuhan Tionghwa, Datuk Oie Poh Choon di sini, semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Pas sudah mempunyai calon untuk mengisi jawatan Pengerusi PN dan keputusan muktamad ditentukan dalam mesyuarat kepemimpinan tertinggi gabungan itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, calon berkenaan dikenal pasti hasil rundingan bersama semua parti komponen dalam PN bagi memastikan keputusan dicapai secara konsensus.

Katanya, pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas mesyua­rat berkenaan sebagai menghormati proses dan persefahaman dalam gabungan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN