KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC) menjangkakan sektor elektrik dan elektronik (E&E), penggunaan domestik dan pelancongan akan memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 4.5 peratus tahun ini. Ketua Pegawai Pelaburan Asia Tenggara dan India, Perbankan dan Kekayaan Persendirian Global HSBC, James Cheo berkata, pertumbuhan itu kelihatan sedikit lebih baik kerana terdapat peningkatan dalam kitaran elektronik global dan eksport E&E, sekali gus memberi manfaat kepada Malaysia. Menurutnya, HSBC…










