PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia tumbuh 3.4 peratus pada suku tahun keempat (S4) 2023, berbanding 3.3 peratus suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam laporan angaran awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2023, DOSM berkata, secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sederhana 3.8 peratus pada tahun 2023 selepas mencatatkan pertumbuhan 8.7 peratus tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sektor perkhidmatan menjadi peneraju prestasi…










