PETALING JAYA: AEON Co. (M) Bhd. (AEON) sekali lagi dianugerahkan Anugerah Emas dalam kategori peruncitan di Anugerah Putra Brand 2023. Menurut kenyataannya, ini merupakan kejayaan AEON kali kedua belas untuk kategori yang sama sejak anugerah itu diperkenalkan pada 2010, sekaligus membuktikan keutuhan jenama AEON di dalam industri peruncitan negara. Anugerah tersebut disampaikan kepada Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen, pada majlis penyampaian anugerah yang berlangsung pada 19…










