Ringgit melanjutkan aliran menaik berbanding dolar pada RM4.65

Ringgit melanjutkan aliran menaik berbanding dolar pada RM4.65

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit melanjutkan aliran menaik untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen positif mengenai jangkaan pemotongan kadar faedah global tahun depan, kata penganalisis.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6530/6575 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 penutup semalam.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, aset bebas risiko seperti hasil Perbendaharaan AS menunjukkan aliran rendah, yang menunjukkan naratif pemotongan kadar faedah pada 2024 menjadi lebih kukuh dalam pasaran pendapatan tetap.

“Ini sepatutnya menyokong ringgit, yang dijangka berkisar sekitar RM4.65 (berbanding dolar AS) dalam tempoh terdekat. Ia telah melepasi paras rintangan pada RM4.6611, dan paras rintangan seterusnya pada RM4. 5778,” katanya.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menambah nilai berbanding pound sterling kepada 5.8828/8885 daripada 5.9027/9090 pada penutup semalam, mengukuh berbanding euro kepada 5.0941/0990 daripada 5.1043/1098, dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2452/2488 daripada sebelumnya 3.2465/2502.

Mata wang tempatan juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding beberapa mata wang ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4959/4998 daripada 3.5027/5968, meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2905/3098 daripada 13.3392/3596.

Ia juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.9/300.3 daripada 300.1/300.5, namun kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.35/8.36. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×