MATRADE promosi industri pembinaan negara di Indonesia

MATRADE promosi industri pembinaan negara di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempromosikan industri pembinaan Malaysia melalui Misi Percepatan Eksport (EAM) berkaitan pembinaan dan perkhidmatan ke Indonesia yang berlangsung dari 18 hingga 21 Disember 2023.

Misi empat hari itu akan menampilkan beberapa siri program bersama Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Indonesia (PUPR), Otorita Ibu Kota Nusantara (OIKN), Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu Satu Pintu (DPMPTSP) Kalimantan Utara dan Badan Pengusaha Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas Batam (BP Batam).

Program turut diadakan bersama Nusantara Global, Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI), termasuk sesi pembentangan dan ‘pitching’ serta mesyuarat perniagaan yang telah diatur sebelumnya dengan bakal rakan kongsi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Sharimahton Mat Saleh berkata, industri pembinaan di Indonesia dianggarkan mencecah 333 trilion rupiah pada 2023, yang merangkumi 47 perarus dalam sektor awam dan 53 peratus dalam sektor bangunan.

Katanya, kerajaan Indonesia komited untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor infrastruktur.

“MATRADE telah menganjurkan acara dan program utama yang didedikasikan untuk mempercepatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Indonesia.

“Inisiatif berterusan ini menekankan komitmen MATRADE untuk membantu syarikat Malaysia dalam mendapatkan prospek perniagaan yang berpotensi melalui perkongsian strategik atau usaha sama.

“Usaha ini akan memberi tumpuan kepada peluang baharu yang dibentangkan oleh Indonesia ibu negara baru, Nusantara di Kalimantan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil MATRADE, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Invest Selangor, termasuk sejumlah 24 syarikat dan jabatan kerajaan dengan 45 wakil tahun ini.

Mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang seperti pembinaan, seni bina, projek hartanah, perkhidmatan kejuruteraan, elektronik dan infrastruktur. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN