Haier Malaysia sasar pertumbuhan jualan 45 peratus pada 2024

Haier Malaysia sasar pertumbuhan jualan 45 peratus pada 2024

EKSEKUTIF Pemasaran Haier Malaysia, Julian Thean (tiga dari kiri) bersama duta pada Majlis menandatangani perjanjian Haier melanjutkan perkongsian dengan Juara Dunia BWF 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebagai duta jenamanya di The One World Hotel.-UTUSAN/M. FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Haier Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan sebanyak 45 peratus untuk 2024, berbanding jualan sebanyak 30 peratus pada 2023.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, pertumbuhan tersebut dijangka dipacu oleh  pengenalan rangkaian peralatan rumah termaju dalam enam kategori yang akan menjadi tumpuan utama rangkaian produknya pada suku pertama 2024.

“Produk ini direka untuk menjadikan kehidupan lebih baik dan menyeronokkan termasuk penghawa dingin, peti sejuk, peti sejuk beku, mesin basuh, televisyen, pemanas air dan peralatan dapur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada program ‘Inspire Future Dreams 2023 Haier Media Engagement’ di sini semalam.

Pada program sama, Haier Malaysia melancarkan barisan produk baharu yang bakal mewarnai pasaran elektronik pengguna dan perkakas rumah 2024.

Pelancaran produk tersebut menggariskan komitmen Haier untuk meningkatkan gaya hidup pengguna menerusi konsep ‘Smart Living’ atau kehidupan pintar dengan kualiti produk yang unggul dan lebih memudahkan pengguna.

Fan Jing menjelaskan, Haier mengutamakan kepuasan pelanggan dan menyediakan solusi yang berorientasikan pelanggan dipandu oleh tekad untuk pengguna menjalani kehidupan pintar.

“Kami mendedikasikan kajian dan menjalankan ujian yang terperinci bagi membangunkan produk-produk bermutu tinggi yang memenuhi keperluan pengguna moden hari ini.

“Menerusi rekaan produk inovatif, kami bermatlamat dalam menyediakan keselesaan dan kemudahan yang tiada bandingannya. Produk baharu yang bakal diperkenalkan untuk 2024 direka untuk meningkatkan kehidupan mereka,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Haier melanjutkan kerjasama pasangan beregu badminton lelaki kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik  menjadi duta Haier Malaysia untuk tahun 2024. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×