MPRC perkenal Rangka Kerja Kelestarian OGSE Nasional 2024

MPRC perkenal Rangka Kerja Kelestarian OGSE Nasional 2024

YATIMAH Sarjiman (tengah) bersama Mohd. Yazid Ja'afar (kiri) dan Pengerusi MPRC, Datuk Dr. Ahmad Suhaili Idrus pada majlis perasmian Forum Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) menyasarkan memperkenalkan Rangka Kerja Kelestarian OGSE Nasional (NOS-F) menjelang akhir 2024.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC, Mohd Yazid Ja’afar berkata, rangka kerja tersebut bagi menyediakan panduan terperinci cara syarikat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) melaksanakan dan melaporkan amalan kemampanan mereka.

“Kami percaya dokumen Kelestarian OGSE Nasional ini menandakan yang pertama seumpamanya yang disesuaikan dengan keperluan industri OGSE.

“Selain itu, kami berharap ini akan membantu memudahkan dan memberikan kejelasan kepada syarikat OGSE yang menghadapi kekangan sumber dalam menerima pakai dan mendedahkan amalan kemampanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan alu-aluan Forum Kelestarian OGSE Nasional 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini semalam.

Forum tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Yatimah Sarjiman.

Sementara itu, Mohd Yazid berkongsi bahawa dua sasaran kemampanan yang digariskan dalam Pelan Tindakan OGSE telah mencapai kemajuan yang baik.

“Pertama, daripada sasaran awal 70 syarikat untuk melaporkan secara sukarela amalan kemampanan mereka menjelang 2030, 81 daripada 100 syarikat OGSE terbaik negara telah pun berbuat demikian.

“Tambahan pula, satu syarikat daripada sasaran lima syarikat kini dimasukkan ke dalam Indeks Kemampanan Dow Jones,” ujarnya.

Memandang ke hadapan, beliau berhasrat untuk melihat lebih banyak syarikat OGSE menerima amalan kemampanan, menyumbang kepada momentum positif yang berterusan dalam industri.

“Menekankan keperluan untuk bersedia pada masa hadapan dalam dunia yang bebas karbon, saya ingin menegaskan komitmen MPRC untuk menyokong agenda kemampanan OGSE, berdasarkan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan rangka kerja Dasar Tenaga Negara 2022-2040,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×