Sidang DUN: Johor tubuh jawatankuasa lahirkan lebih ramai usahawan wanita - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Johor tubuh jawatankuasa lahirkan lebih ramai usahawan wanita

MOHD. HAIRI MAD SHAH menjawab soalan pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menarik lebih ramai golongan wanita menceburi bidang keusahawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, jawatankuasa itu nanti akan dianggotai oleh beberapa pihak dan agensi yang berkaitan.

“Bagi merealisasikan perkara ini, saya akan menyelaras sebuah jawatankuasa melibatkan pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain seperti Jabatan Pertanian dan  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),” katanya menjawab soalan Fauziah Misri (BN-Penawar) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin memberitahu, pada masa ini  terdapat sebanyak 38.51 peratus atau 16,256 orang daripada jumlah keseluruhan 42,221 usahawan yang berdaftar dalam Sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU).

“Data ini bagaimanapun tidak termasuk pengusaha sektor informal yang kebanyakan masih tidak berdaftar dengan sistem PADU. Jabatan Perangkaan pada 2021 telah mengeluarkan dapatan, iaitu di Johor terdapat seramai 133,655 individu atau peniaga yang terlibat di dalam sektor informal dan industri mikro. 

“Jumlah ini meletakkan Johor di tangga ketiga selepas Selangor dengan seramai 271,944 peniaga dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 146,256 peniaga,” katanya 

Dalam pada itu, Mohd. Hairi memberitahu, kerajaan juga mengesyorkan supaya pusat pengumpulan produk IKS sedia ada dinaik taraf untuk dijadikan hab IKS bagi menempatkan produk keluaran usahawan wanita termasuk ibu tunggal dan golongan B40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya