Ekonomi Malaysia tumbuh 3.3 peratus pada suku ketiga 2023

Ekonomi Malaysia tumbuh 3.3 peratus pada suku ketiga 2023

kdnk
Negara berkembang maju berikutan peningkatan produktiviti dalam empat sektor penting ekonomi, iaitu minyak sawit, pembuatan, perkhidmatan, serta minyak dan gas (O&G).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku tahun ketiga 2023 tumbuh sebanyak 3.3 peratus berbanding 2.9 peratus pada suku kedua, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi terma pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK meningkat sebanyak 2.6 peratus (ST2 2023: 1.5 peatus) pada suku tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sektor Perkhidmatan dan Pembinaan memacu prestasi keseluruhan sementara sektor Pertanian menunjukkan pemulihan selepas penurunan pada suku tahun sebelumnya.

Beliau berkata, Perbelanjaan penggunaan akhir isi rumah dan Pembentukan modal tetap kasar terus memacu pertumbuhan ekonomi pada suku tahun dilaporkan.

“Justeru, ekonomi Malaysia tumbuh sebanyak 3.9 peratus bagi tiga suku tahun pertama 2023 (3ST 2022: 9.2 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, dari segi prestasi sektoral, sektor Perkhidmatan meningkat 5.0 peratus (ST2 2023: 4.7 peratus) pada suku tahun ketiga 2023.

Prestasi memberangsangkan itu katanya, disumbangkan oleh subsektor Perdagangan borong dan runcit (5.4 peratus), Pengangkutan dan penyimpanan (12.8 peratus) dan Perkhidmatan perniagaan (8.6 peratus).

“Selain itu, beberapa subsektor utama iaitu Kewangan dan Insurans menunjukkan penyusutan lebih kecil, masing-masing 0.3 peratus (ST2 2023: -1.9 peratus) dan 2.4 peratus (ST2 2023: -13.4 peratus). Bagi terma pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, sektor Perkhidmatan meningkat 2.1 peratus (ST2 2023: 2.7 peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×