Top Glove rugi RM454 juta pada suku keempat 2023 - Utusan Malaysia

Top Glove rugi RM454 juta pada suku keempat 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) melaporkan kerugian selepas cukai sebanyak RM454 juta pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2023 berbanding RM52 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan, perkara tersebut antaranya didorong oleh kemerosotan nilai muhibah, hartanah, loji dan jentera yang tidak ada impak ke atas aliran tunai berjumlah sebanyak RM389 juta.

Pendapatan syarikat bagi suku keempat pula jatuh kepada RM475 juta berbanding RM989 juta yang direkodkan bagi suku sama 2022.

Bagi keseluruhan tahun kewangan 2023, Kumpulan mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM886 juta berbanding RM281 yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Sementara itu, pendapatan bagi keseluruhan tahun dilaporkan pada RM2.26 bilion, jauh lebih rendah berbanding RM5.57 bilion yang dicatatkan pada 2022.

Top Glove berkata, prestasi kewangan Kumpulan pada suku keempat bertambah baik berbanding suku sebelumnya disebabkan inisiatif pengoptimuman kualiti dan kos, selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Top Glove.

Jelasnya, ini melibatkan penyelarasan fasiliti pengeluaran, di mana Kumpulan dapat memanfaatkan kilang-kilang yang lebih baharu dan lebih cekap, sambil melaksanakan pemberhentian sementara di beberapa kilang.

“Ini melibatkan menjimatkan kos operasi, utiliti dan tenaga buruh terus memberi tumpuan kepada pesanan yang menjana aliran tunai positif dan margin yang lebih baik dan volum jualan telah berkurang suku ke suku.

“Harga jualan purata (ASP) telah diturunkan sedikit sementara kos bahan mentah juga berada dalam aliran menurun, membolehkan Kumpulan berkongsi penjimatan kos dengan pelanggan sambil masih memelihara margin untuk mengimbangi kos tetap,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan berkata, prestasi suku keempat menggalakkan memandangkan persekitaran yang tidak menentu, yang terus memberi imak kepada industri sarung tangan.

“Memandang ke hadapan, Kumpulan percaya inventori yang disimpan daripada masa pandemik hampir berada di tahap penghabisan, seiring dengan permintaan sarung tangan yang lebih rendah sejak dua tahun lepas.

“Sebaliknya, penggunaan sarung tangan telah meningkatkan pasca pandemik, berikutan tahap
kebersihan dan kesedaran kesihatan yang makin meningkat.

“Dengan ini, kami percaya bahawa permintaan sarung tangan akan meningkat secara beransur-ansur pada masa hadapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN