Ringgit kekal lemah, dibuka 4.77 berbanding dolar AS

Ringgit kekal lemah, dibuka 4.77 berbanding dolar AS

RINGGIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit kekal lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), apabila pagi ini dibuka rendah berikutan permintaan yang lebih tinggi untuk dolar di tengah-tengah konflik berterusan di Asia Barat.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.7655/7700.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau menjangka Rizab Persekutuan (Fed) AS akan kekal `hawkish’ memandangkan keadaan semasa, meningkatkan permintaan terhadap dolar AS.

“Kami percaya dolar AS akan terus disokong dengan baik, memandangkan peristiwa geopolitik yang berterusan di Asia Barat ketika peserta pasaran mencari `perlindungan’ daripada turun naik yang melampau,” katanya kepada agensi berita itu.

Sementara itu, penurunan harga minyak turut mempengaruhi penurunan ringgit daripada prestasi positif pada Jumaat lepas.

Pada sesi awal, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu susut berbanding euro kepada 5.0543/0580 daripada 5.0462/0510 pada penutup Jumaat, susut berbanding pound Britain kepada 5.8059/8102 daripada 5.7777/7831; dan susut berbanding yen kepada 3.1861/1886 daripada 3.1878/1813.

Pada masa yang sama, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0347/0489 daripada 13.0504/0681 pada penutup Jumaat, tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4773/4801 daripada 3.4731/4767. Ringgit juga susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/300.2 daripada 300.7/300.2 minggu lepas dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.43 daripada 8.38/8.40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN