Nu Prep tawar Tongkat Ali sebenar

Nu Prep tawar Tongkat Ali sebenar

HALIZA bersama rangkaian produk Nu Prep yang diuji selamat secara klinikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIH makanan kesihatan tambahan berasaskan herba khususnya Tongkat Ali bukanlah sesuatu yang mudah se­perti membuat pilihan di pasar malam. Salah percaturan, ia mungkin membawa kesan mudarat kepada kesihatan.

Ketiadaan ilmu berkaitan isu keselamatan sesuatu pro­duk menyebabkan pengguna mengambil langkah mudah membeli tanpa menyelidiki yang akhirnya membawa padah kepada diri.

Bagi pengguna, mereka mungkin berfikir tiada salahnya mencuba, sedangkan pengambilan produk yang salah dalam jangka panjang akan memberi kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang.

Malah, perlu diketahui bahawa setiap produk kesihatan tambahan terutama berasaskan herba perlu menjalani ujian praklinikal dan klinikal bagi memastikan ia selamat dimakan.

Mengambil tanggungjawab mendidik orang ramai, Biotro­pics Malaysia Berhad iaitu sebuah anak syarikat di bawah Khazanah Berhad, cuba me­ningkatkan kesedaran pengguna mengenai bahan yang digunakan dalam penghasilan produk berasaskan tumbuhan herba, Tongkat Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics, Haliza Ramli berkata, pengalaman lebih 16 tahun dalam industri produk makanan kesihatan tambahan sehingga terhasilnya formulasi Nu-Prep Tongkat Ali (Nu Prep) menjadikan mereka lebih cakna terhadap isu keselamatan sesuatu produk.

Menurut beliau, Nu Prep sendiri telah menjalankan pelbagai kajian sejak 2012 hingga kini bagi memastikan ekstrak Tongkat Ali yang dirumuskan berkesan dan selamat kepada pengguna.

“Apabila sebut Tongkat Ali, orang pasti akan mengaitkannya tentang isu seksual lelaki sedangkan tumbuhan itu antara herba Malaysia yang sangat istimewa dan mempunyai pelbagai manfaat lain antaranya untuk malaria, demam panas dan gusi berdarah.

“Meskipun diketahui ba­nyak khasiatnya, tidak semua produk yang dijual dalam pasaran itu mengekalkan ketulenan dan keaslian bahan semulajadi Tongkat Ali.

“Malah, sejauh mana pengguna sedar dan tahu apabila sesuatu produk itu dikatakan mempunyai Tongkat Ali, adakah kandungan produk itu adalah kandungan dengan dos yang disarankan untuk mendapatkan kesan yang optimum atau sekadar untuk ada sahaja.

“Sebab itu pentingnya pengguna untuk tahu sama ada produk itu mengandungi kadar bioaktif yang cukup dan menepati piawaian sejajar dengan penyelidikan dan ujian klinikal yang dijalankan,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengakui bukan mudah untuk mendidik pengguna, Haliza menganggap ia sebagai cabaran besar untuk Biotro­pics terus memainkan peranan dalam berkongsi ilmu dengan masyarakat.

Beliau berkata, Biotropics mengambil tanggungjawab dan peluang ini untuk membantu pengguna agar lebih peka de­ngan setiap bahan yang ada dalam sesuatu produk terutamanya apabila melibatkan produk makanan kesihatan.

“Saya tahu, ada ribuan produk dalam pasaran yang dikatakan mempunyai Tongkat Ali. Saya tidak menyatakan produk tersebut tidak bagus, cuma kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk Tongkat Ali sebenar tanpa campuran bahan lain.

“Kami mengetengahkan kebaikan dan khasiat Tongkat Ali sepenuhnya kepada pengguna untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam tempoh masa kurang seminggu,” ujarnya.

Tambah beliau, Nu Prep juga telah mendapat kelulusan dan mematuhi garis panduan produk dan pensijilan daripada FDA Center for Food Safety and Applied Nutrition, Eropah sekali gus membuktikan produk itu selamat untuk dimakan.

Malah paling membanggakan katanya, Nu Prep merupakan antara produk yang mempu­nyai Physta di mana ia terbukti berkesan dalam membantu me­ningkatkan tenaga lelaki.

“Untuk membuktikan ke­nya­taan ini, kami telah me­lakukan kajian ke atas 14 orang. Di dalam Nu Prep, bahannya 100 peratus Tongkat Ali asli yang diambil di hutan oleh Orang Asli sendiri.

“Disebabkan kelebihan yang ada dalam Nu Prep inilah, kami melancarkan kempen ‘Ini Barulah Tongkat Ali’ untuk kita sampaikan mesej kepada pengguna, jika mencari produk yang berasaskan Tongkat Ali, Nu Prep adalah pilihan yang terbaik.

“Matlamat kami semestinya untuk menghasilkan rangkai­an produk Tongkat Ali yang selamat, original dan berkualiti kepada pengguna herba tradi­sional ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejajar dengan perkemba­ngan teknologi, Biotropics juga tidak mahu ketinggalan untuk memanfaatkan keupayaan media sosial dalam aspek pemasaran Nu Prep.

Menurut beliau, meskipun telah lama bertapak dalam pasaran sejak 2007, pihaknya beralih ke TikTok selepas mendapati platform tersebut lebih dekat dengan pengguna pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

“Nu Prep memasuki pasaran TikTok selepas kajian yang dijalankan dengan teliti mendapati hampir semua cabang perniagaan mulai mengikuti kaedah pemasaran secara digital di mana salah satunya adalah melalui TikTok.

“Walaupun, Nu Prep sebenarnya jenama lama dan ini merupakan tahun ke-16, kita juga tidak mahu ketinggalan untuk terus mendapat akses kepada pengguna Nu Prep.

“Jadi, kita pilih TikTok sebagai platform terbaharu bagi pemasaran Nu Prep selain jualan secara fizikal di cawangan-cawangan Guardian, Watson mahupun Wellness Centre,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN