MR D.I.Y. ‘Bounce & Bingo’ tawar hadiah RM25,000

MR D.I.Y. ‘Bounce & Bingo’ tawar hadiah RM25,000

PENGUNJUNG berpeluang mencuba permainan ‘Bounce & Bingo’ anjuran MR D.I.Y. yang menawarkan hadiah berjumlah RM25,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.), melancarkan kejohanan permainan pertamanya, ‘Bounce & Bingo’ semalam, dengan menawarkan hadiah berjumlah RM25,000.

Permainan ‘Bounce & Bingo’ bertujuan menggalakkan keluarga-keluarga di Malaysia berkumpul dan menikmati ke­gembiraan bermain permainan yang mudah dan menyeronokkan sambil berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah me­narik.

Syarikat itu berkata, untuk bermain permainan itu, para pelanggan hanya perlu me­ngunjungi cawangan-cawa­ngan MR D.I.Y. PLUS berdekatan mereka dan mengikuti tiga langkah mudah iaitu membentuk satu pasukan dengan dua orang ahli, lontarkan bola pingpong secara berturutan dan sasarkan ‘Bingo’ dengan masa akan direkodkan sebaik Bingo terbentuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kejohanan terba­hagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat negeri untuk mencari 16 pasukan mewa­kili 13 negeri dan tiga wilayah Persekutuan dari 3 hingga 5 November.

Bagi peringkat negeri, peserta perlu bertanding dalam dua hari dari 3 hingga 4 November di cawangan MR D.I.Y. PLUS di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan dari 4 hingga 5 November 2023 di cawangan MR D.I.Y. PLUS di negeri-negeri lain.

“Peringkat kedua yang me­rupakan peringkat akhir, akan menyaksikan 16 pasukan pe­menang dari setiap negeri bersaing di ‘Perlawanan Akhir’ bertempat di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur untuk menjadi juara Kejohanan Permainan ‘Bounce & Bingo’ MR D.I.Y.,” katanya dalam kenyataan.

Bersempena kejohanan itu, cawangan-cawangan MR D.I.Y. PLUS di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memberi peluang kepada para pelanggan untuk berlatih sebagai persediaan bermula 28 Oktober hingga 2 November 2023, manakala di negeri-negeri lain dari 28 Oktober hingga 3 November, dan ia terbuka kepada semua.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, sebagai peruncit tempatan, Syarikat sentiasa mencari cara untuk menyampaikan nilai dan memenuhi janji ‘Always Low Prices’ serta menjadikan setiap kunjungan ke MR. D.I.Y. lebih menyeronokkan.

“Salah satu cara kami melakukannya adalah dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan, seperti permainan atau pertandingan, yang boleh disertai oleh setiap lapisan masyarakat. Dan mengapa tidak menjadikan persaingan lebih sengit dengan menganjurkan kejohanan seperti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini