Johor Port sambut pencapaian cemerlang bersama PCML

Johor Port sambut pencapaian cemerlang bersama PCML

MD. Derick Basir (tengah) diiringi Ketua Bekalan & Pengedaran PCML, Hisham Mohamad (kanan) dan Ketua Keberkesanan Organisasi PCML, Mohamad Indrazulkarnain Salleh bersama-sama Pengurusan Kanan Johor Port semasa majlis sambutan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, mencatat satu lagi kejayaan membanggakan bersama Petronas Chemicals Labuan (PCML) Ltd sempena sambutan pencapaian 100 hari kecemerlangan operasi baru-baru ini.

Sejak permulaan jalinan rangkaian bahagian pertama dari Pengerang ke Pasir Gudang yang dijalankan oleh GU Shipping pada Jun 2023, Johor Port telah berjaya mengendalikan jumlah muatan melebihi 10,000 TEUs sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Por, Md Derick Basir berkata, kepercayaan PCML mencerminkan komitmen Syarikat terhadap kecekapan dan keselamatan, di samping menjadikan Johor Port sebagai hab perdagangan utama selaras dengan matlamat Syarikat untuk menjadi pelabuhan serba guna yang cekap dan bersepadu di rantau ini.

“Melalui perkongsian dengan PCML, Johor Port telah menunjukkan bahawa pengangkutan kargo melalui pelabuhan ini merupakan pilihan yang kos efektif dan cekap berbanding alternatif lain, di samping menawarkan jalinan rangkaian ke pelbagai destinasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Sambutan 100 hari kecemerlangan operasi merupakan kejayaan yang bermakna dalam penghantaran PCML dan pengendalian operasi untuk Johor Port bersama pihak berkepentingan dan pelanggan yang turut memainkan peranan penting menyokong operasi tersebut.

“Komitmen yang tidak berbelah bahagi dan sokongan padu telah menjadi penggerak utama untuk menjayakan operasi tersebut di Johor Port,” ujar beliau.

Sepanjang 100 hari beroperasi, PCML telah menunjukkan komitmen dalam penghantaran eksport melalui Johor Port, Gerbang Selatan Malaysia, sekaligus meletakkan kepercayaan penuh terhadap Johor Port untuk mengendalikan operasi penghantaran.

Johor Port juga telah berjaya memenuhi matlamat operasi tersebut daripada segi keselamatan, kecekapan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar secara konsisten.

Johor Port merupakan Pelabuhan Pelbagai Guna Bersepadu yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelabuhan yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu pelanggannya.

Dilengkapi dengan 24 dermaga yang berkeluasan sebanyak 4.9 kilometer, perkhidmatan dan kemudahan di Johor Port termasuk Terminal Kontena, Terminal Pukal dan Pecah Pukal, Terminal Cecair dan Kemudahan Ruang Gudang.

Sebagai pelabuhan pertama di Malaysia yang diberi status Zon Bebas, Johor Port adalah Pihak Berkuasa Zon Bebas yang dilantik untuk menguruskan sendiri kawasan Zon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×