Figura lancar produk dengan herba hempedu bumi - Utusan Malaysia

Figura lancar produk dengan herba hempedu bumi

Wan Aida Wan Mustapha (tengah) bersama Mohd. Hafiz Khalid (kiri) dan Abdul Latiff Mohamad (kanan) menunjukkan produk susu kambing Hempedu Bumi yang pertama di dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Figura International terus mengorak langkah dalam industri makanan kesihatan apabila melancarkan produk terbaharu iaitu Figura Goats Milk, produk minuman kesihatan berasaskan susu kambing.

Lebih menarik, Figura Goats Milk menggunakan herba Hempedu Bumi sebagai salah satu bahan utama.

Produk itu adalah hasil idea pakar penyelidik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad yang juga penerima Ijazah Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Dr. Abdul Latiff merupakan seorang daripada tiga pakar perunding Figura International. Dua lagi pakar ialah Prof. Dr. Wan Aida Wan Mustapha dan Prof. Dr. Noor Hassim Ismail.

Mengulas pelancaran produk baharu Figura International itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Hafiz Khalid berkata, dia bersyukur dapat beker­jasama dengan pakar botani terkenal dunia, Dr. Abdul Latiff yang pernah membuat kajian terhadap herba Tongkat Ali 40 tahun dahulu sehingga herba itu terkenal ke seluruh dunia sehingga kini.

“Kali ini, kami sangat gembira kerana dapat menghasilkan produk susu kambing Hempedu Bumi yang pertama di dunia hasil idea dan cadangan beliau,” katanya.

Sementara itu, berkongsi ‘keajaiban’ Hempedu Bumi atau nama saintifiknya Andrographis paniculata yang mempunyai nilai perubatan tinggi, Dr. Abdul Latiff berkata, khasiat Hempedu Bumi atau dikenali dengan panggilan ‘akar ceita’ bukanlah penemuan baharu kerana ia digunakan secara tradisi oleh pelbagai masyarakat sejak turun-temurun.

Menurut beliau, Hempedu Bumi dikatakan berasal dari Asia Selatan dan di India, ia digunakan sebagai ubat disentri dan cirit-birit.

Malah katanya, masyarakat India di Malaysia dilaporkan telah lama menggunakan tumbuhan itu untuk berbagai kegunaan termasuk mengubati patukan ular, begitu juga dalam kalangan masyarakat Jawa.

“Namun, pesakit perlu berpantang dengan tidak memakan garam sepanjang hari semasa pengambilannya.

“Masyarakat Murut di Sabah pula dilaporkan menggunakan daun Hempedu Bumi yang telah direbus untuk diminum bagi merendahkan tekanan darah tinggi, mengubati demam malaria dan juga untuk menggugurkan anak kandungan mengikut suatu kajian oleh Fashiuddin dan Hasmah pada 1991.

“Rohani pada 1991 pula melaporkan bahawa tumbuhan ini boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, dan merendahkan tekanan darah tinggi,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dr. Abdul Latiff memberitahu, pada 2000, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu melalui kajian para pegawainya telah melaporkan air rebusan daun Hempedu Bumi yang diminum telah digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Daun yang dihiris dan dilumatkan boleh digunakan juga untuk merawat penyakit kulit. Manakala keseluruhan tumbuhan ini bila direbus, airnya diminum untuk merawat penyakit uluran (angin dalam tubuh).

“Setiap bahagian atau organ hempedu bumi seperti akar, batang, daun, buah, bunga dan biji mengandungi bahan kimia yang aktif yang bertanggungjawab mengubati penyakit yang dilaporkan itu.

“Apatah lagi kini umum telah mengetahui bahawa hampir semua ubatan moden berasal daripada tumbuhan, haiwan dan mineral. Di dalam tisu tumbuhan dan haiwan wujud berbagai-bagai jenis bahan kimia.

“Daun, biji dan keseluruhan tumbuhan Hempedu bumi juga mengandungi bahan antioksidan (radikal bebas) dan flavonoid, justeru telah dan boleh digunakan untuk merawat penyakit degeneratif seperti penyakit koronari arteri (salur darah), atau penyakit metabolik seperti kencing manis. Bahan kandungannya andrografolida (andrographolide) didakwa boleh meningkatkan penghasilan sitotoksik sel-T iaitu sel imun yang mampu membunuh sel barah,” kongsi beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya