Yakult Fiesta 2023 berakhir dengan meriah

Yakult Fiesta 2023 berakhir dengan meriah

Majlis Pelancaran Yakult Fiesta 2023 di Seremban pada 26 Ogos 2023 dihadiri (Yuji Yoshida (Pengarah Kilang Yakult), Mazlyn Mena Mustapha (Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam & Sains Yakult), Ahmad Kashfi Mohd Ali (Pengerusi Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri Sembilan), Fazeerul Akmar Ahmad (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Unit Pembangunan Murid), Hiroki Yanase (Pengarah Urusan Yakult), Isami Oka (Pengurus Kanan Kilang Yakult), Suhaimi Yahaya (Pengurus Besar Kilang Yakult)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Yakult Fiesta 2023 yang dianjurkan oleh syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, pada 26 Ogos yang lepas di Kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan telah berakhir dengan jayanya.

Acara tersebut telah berjaya menarik seramai 1500 orang pengunjung, termasuk pelanggan setia Yakult dan rakan – rakan strategik. Bahang kemeriahan acara tersebut terasa sebaik sahaja acara bermula dan hasrat Yakult untuk menyatakan penghargaan dan mengiktiraf sokongan berterusan daripada pelanggan dan rakan strategik yang merangkul usaha Yakult dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti tercapai.

Acara ini telah diserikan lagi dengan kehadiranPengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase, bersama-sama Pengarah Kilang Yakult Malaysia,  Yuji Yoshida, dan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Fazeerul Akmar Ahmad untuk upacara perasmian.

Ketika acara berlangsung, para pengunjung dapat menyaksikan sendiri penghasilan minuman ikonik probiotik Yakult. Selain itu, para pengunjung juga dapat berhibur dengan pelbagai permainan karnival, pertandingan mewarna dan juga persembahan menarik oleh sekolah-sekolah dari Negeri Sembilan, lantas mencipta suasana meriah penuh kegembiraan dan gelak tawa.

Satu sorotan yang berjaya mencuri perhatian adalah pertunjukan fesyen keluarga yang mempesonakan, di mana para peserta mempamerkan gaya unik mereka.

Pemenang utama, Soong dan keluarganya mengagumkan para pengunjung dengan sentuhan kreativiti dan gaya tersendiri mereka.

Yakult juga telah menganjurkan pertandingan kitar semula di kalangan sekolah-sekolah di Negeri Sembilan berkonsepkan penggunaan inovatif botol-botol Yakult pada bulan Julai yang lepas sebagai gimik pra-acara Yakult Fiesta 2023.

Kemuncak acara menyaksikan pengumuman SJKC Ladang Sua Betong sebagai juara pertandingan tesebut, menunjukkan kreativiti dan inovasi yang luar biasa.

Hiroki Yanase menyampaikan rasa terima kasih tidak terhingga kepada para pengunjung dan berkata, “Kejayaan penganjuran Yakult Fiesta 2023 kali ini adalah kerana sokongan berterusan para pelanggan dan juga rakan strategik kami.

Semoga acara ini dapat mendekatkan lagi hubungan kami dengan komuniti sebagai keluarga besar Yakult. Kami juga berharap agar acara ini dapat memberi kegembiraan dan mengeratkan ikatan silaturahim dengan para pengunjung.”

Yakult Fiesta 2023 telah memanifestasikan kesungguhan mereka dalam menerapkan kesihatan dan penglibatan komuniti selaras dengan falsafah korporatnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN