16 pasukan rebut gelaran juara Kejohanan Yakult Global Cup 2023

16 pasukan rebut gelaran juara Kejohanan Yakult Global Cup 2023

ANTARA pasukan dari Kedah yang layak ke Grand Final Kejohanan Bola Sepak Yakult Global Cup Bawah 12 tahun (B-12) yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16 pasukan terbaik Malaysia layak untuk beraksi di Grand Final Kejohanan Bola Sepak Yakult Global Cup Bawah 12 tahun (B-12) yang akan berlangsung di Serimas Sportplex, Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Kejohanan Bola Sepak Yakult Piala Global mula dianjurkan pada 2019 namun, ia di hentikan seketika pada tahun 2020 dan 2021 akibat penularan pendemik Covid 19 yang melanda dunia sebelum diteruskan semula sejak tahun lalu.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda tempatan bersaing dalam kejohanan kompetatif diperingkat umur 12 tahun selain menjadi medan untuk mereka mempamerkan bakat untuk penilaian kelab-kelab terkemuka.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, pihak Yakult gembira dengan sambutan yang diterima daripada semua pihak yang menyertai kejohanan kali ini dan berharap agar mereka dapat menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase

“Pihak Yakult gembira melihat sambutan yang diterima apabila ramai pihak yang berminat untuk menyertai kejohanan ini. Namun, pihak kami hanya mengambil 64 pasukan yang terawal bagi menyertai peringkat saringan di empat zon yang berbeza kerana kekangan masa.

“Saya berharap agak mereka yang menyertai program ini akan menjadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti.

“Kejohanan ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu menyebarkan kesihatan kepada seramai yang mungkin. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my,” katanya dalam satu kenyataan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya