Yakult anjur Bengkel Lompat Tali

Yakult anjur Bengkel Lompat Tali

MAZLYN Mena (empat dari kiri) bersama sebahagian peserta Bengkel Lompat Tali yang dianjurkan di Spacerubix Puchong semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel Lompat Tali dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia sempena Hari Kesihatan Sedunia di Spacerubix Puchong semalam.

Sebanyak 100 peserta menyertai bengkel berkenaan dalam usaha Yakult Malaysia menggalakkan komuniti untuk aktif bersukan selain meningkatkan kesedaran untuk mengambil Yakult sebagai minuman probiotik yang membantu meningkatkan fungsi usus.

Selain di Spacerubix Puchong, Bengkel Lompat Tali juga akan dianjurkan di The TOP, Pulau Pinang pada 8 April ini dengan objektif meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang akan disambut pada 7 April setiap tahun.

Pengarah Bersekutu Yakult Malaysia, Mazlyn Mena berkata, Yakult Malaysia juga melancarkan #YakultWorldHealthDay #JomBerjumpRope bagi meningkatkan lagi penyertaan orang ramai dalam sukan lompat tali.

Katanya, program Bengkel Lompat Tali ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu Perubatan Pencegahan di mana pencegahan lebih baik dari merawat, kesihatan usus yang baik akan dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Oleh yang demikian katanya, pihak Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik seperti bermain lompat tali selain daripada menghasilkan persekitaran yang sihat di bulan Ramadan ini.

“Bengkel Lompat Tali ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bersama Persatuan Lompat Tali Malaysia dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan penjagaan kesihatan melalui sukan lompat tali ini.

“Ianya juga selaras dengan misi Yakult untuk menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik melalui penjagaan usus.

“Sebanyak 80 peratus sistem imun badan berpusat di usus. Kita boleh kuatkan usus dengan minuman probiotik seperti Yakult. Di bulan Ramadan ini, kita juga boleh melakukan senaman ringan seperti lompat tali yang banyak memberikan faedah kepada kesihatan badan kita,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bengkel berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang dan akan diperluaskan di negeri yang lain untuk membawa lebih ramai peminat sukan lompat tali menyertainya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya