Makanan bayi MummyRQ raih permintaan luar negara

Makanan bayi MummyRQ raih permintaan luar negara

JAZNEEDA Jamil (tengah) bersama tenaga kerja di kilang mereka yang beroperasi di Taman Halal Kedah, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Makanan ba­yi keluaran MummyRQ Sdn. Bhd. (MummyRQ) meraih permintaan bukan sahaja di dalam negara malah sehingga ke negata luar kerana status halal yang diperoleh sejak 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MummyRQ, Jazneeda Jamil, syarikat berkenaan sehingga kini mengeksport produk makanan bayi jenama Groomy dan PipiPau ke Brunei dan Myanmar sejak dua tahun lalu.

“MummyRQ memperoleh sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan MeSTI daripada Kementerian Kesihatan pada 2017, sejak itu produk kami meraih permintaan dari luar negara. Masyarakat luar amat meyakini produk dari Malaysia kerana status halal ini.

“Bagi mereka status halal bermakna produk tersebut bersih dan terjamin. Bagaimanapun produk kami bukan sahaja halal tetapi juga organik kerana kami guna bahan mentah tanpa kimia,” katanya ketika ditemui di pejabat MummyRQ di Taman Halal Kedah, Sungai Petani, baru-baru ini.

Katanya, purata pendapatan yang diraih daripada eksport ke negara berkenaan adalah sebanyak RM200,000 bagi setiap perjalanan.

Tambah Jazneeda, syarikat berkenaan juga dalam proses untuk memohon pensijilan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan kelulusan daripada Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) untuk mengembang pasaran eksport tersebut.

“Sasaran kami kini adalah negara Eropah, Amerika Syarikat dan China. Negara-negara ini memang mencari produk yang berkualiti dan halal dari Malaysia. Namun mereka juga amat teliti dengan faktor keselamatan produk itu, atas sebab itu kami perlu mendapatkan sijil GMP dan USFDA,” katanya.

Menurut beliau, MummyRQ kini mengeluarkan sebanyak 42 produk makanan bayi dan kanak-kanak termasuk enam produk makanan bayi sedia dimakan (RTE) Groomy untuk pasaran domestik dan luar negara.

“Rangkaian produk RTE Groomy ini dihasilkan setelah kami melakukan R&D pada 2018. Produk ini bukan sahaja halal namun organik kerana kami menggunakan bahan yang bebas kimia. Kami yakin produk ini akan mendapat permintaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN