KPJ Healthcare jual Rumah Sakit Medika Bumi Serpong Damai

KPJ Healthcare jual Rumah Sakit Medika Bumi Serpong Damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mengumumkan penyelesaian penjualan operasi hospitalnya, Rumah Sakit Medika Bumi Serpong Damai (RSMBSD) di Indonesia kepada Kumpulan Syarikat Columbia Asia,
dengan jumlah hasil tunai sebanyak RM156.7 juta.

Ia termasuk pertimbangan pelupusan dan pembayaran balik pinjaman pemegang saham.

Pertama kali diumumkan pada 1 Mac 2023, perjanjian itu menandakan langkah penting dalam pertumbuhan berterusan KPJ Healthcare dan strategi pengoptimuman portfolio, mengukuhkan lagi fokusnya dalam meningkatkan kecemerlangan operasi dan memperluaskan sayapnya dalam pasaran penjagaan kesihatan domestik.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, penjualan hospital di Indonesia adalah satu langkah strategik, yang akan membolehkan Syarikat memberi tumpuan kepada perniagaan teras dalam pasaran domestik.

Beliau berkata, Syarikat yakin keputusan itu akan memperkukuhkan kedudukan Syarikat sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia dan membolehkannya untuk terus memberikan nilai yang mampan kepada pihak berkepentingan.

“Dana yang diperoleh daripada pelupusan ini membolehkan kami mengoptimumkan kecemerlangan operasi, sambil memajukan penjagaan dan penghantaran klinikal hospital kami. Seiring dengan itu, kami didorong oleh semangat untuk prospek pertumbuhan kami, baik di tanah air dan seterusnya di pasaran-pasaran baharu,” katanya dalam kenyataan.

Pada awal tahun ini, Kumpulan telah mengakhiri operasi hospitalnya yang lain di Indonesia, iaitu Rumah Sakit Medika Permata Hijau, kepada kumpulan hospital Indonesia Eka Hospital. Penjualan RSMBSD menandakan penarikan sepenuhnya KPJ Healthcare dari pasaran Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN