BARISAN Nasional (BN) sekali lagi membuktikan kedudukan mereka di Johor sukar digugat. Ia juga membuktikan bahawa keputusan mereka bergerak solo tanpa terikat dengan mana-mana pakatan adalah tepat apabila mendapat kemenangan yang meyakinkan.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar medan untuk memilih kerajaan negeri baharu. Ia turut menjadi medan menilai landskap politik Malaysia hari ini. Ia menjadi ‘makmal politik’ yang bukan sahaja menguji kekuatan parti tetapi juga keberkesanan strategi kempen dan perubahan sentimen pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Dengan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, PRN Johor 2026 menjadi antara ujian politik paling penting tahun ini.
Perkara pertama yang perlu diperhatikan ialah sejauh mana rakyat masih menghargai faktor kestabilan politik. Selepas beberapa tahun menyaksikan pertukaran kerajaan dan pergolakan politik di peringkat Persekutuan, ramai pengundi kini lebih cenderung memilih kerajaan yang mampu mentadbir secara konsisten berbanding retorik politik yang berpanjangan.
Maknanya apabila BN Johor berjaya mengekalkan sokongan dan pemerintahan, ia boleh ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa prestasi pentadbirannya diakui rakyat sebab itu mereka mengekalkannya.
Petunjuk kedua ialah corak sokongan pengundi muda. Golongan ini semakin sukar diramal kerana mereka tidak lagi terikat kepada kesetiaan tradisional terhadap mana-mana parti. Mereka lebih menilai isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pemilikan rumah, pendidikan dan masa depan ekonomi.
Parti yang gagal menawarkan penyelesaian konkrit terhadap isu-isu tersebut berisiko kehilangan sokongan walaupun memiliki jentera yang besar. Maka, nilailah sendiri apa maknanya kemenangan BN kepada golongan pengundi itu.
Keputusan PRN Johor juga menjadi ukuran terhadap kekuatan sebenar setiap gabungan politik. Keupayaan parti-parti menyelesaikan pertindihan kerusi, mengurus perbezaan dalaman dan menampilkan calon yang diterima rakyat akan memberikan gambaran jelas tentang kesiapsiagaan mereka menghadapi PRU. Dalam politik moden, persepsi mengenai kesatuan sering kali sama penting dengan kekuatan organisasi.
Satu lagi petunjuk penting ialah keberkesanan kempen digital. Media sosial bukan lagi sekadar platform menyebarkan maklumat, sebaliknya menjadi medan membentuk naratif dan mempengaruhi persepsi pengundi.
Namun, pengalaman beberapa pilihan raya sebelum ini menunjukkan bahawa populariti di alam maya tidak semestinya diterjemahkan kepada undi di peti undi. Jentera akar umbi, sentuhan calon dan hubungan dengan masyarakat setempat masih memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan.
Akhirnya, keputusan PRN Johor akan menjadi bahan rujukan semua parti politik untuk merangka strategi menghadapi pilihan raya akan datang. Kemenangan atau kekalahan bukan sekadar soal bilangan kerusi, tetapi petunjuk tentang apakah yang sebenarnya diinginkan rakyat daripada pemimpin mereka.
Mesej yang dibawa oleh pengundi Johor akan bergema jauh melangkaui sempadan negeri itu. Ia bakal menjadi kompas kepada landskap politik nasional. Menentukan naratif baharu, membentuk strategi parti-parti politik dan memberi gambaran awal tentang arah tuju Malaysia menjelang PRU akan datang.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Apa petunjuk daripada PRN Johor?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved