Untung bersih PCG RM1.2 bilion

Untung bersih PCG RM1.2 bilion

PCG catat pendapatan suku pertama lebih tinggi berbanding setahun lalu namun merekoidkan rugi bersih RM18 juta pada suku pertama 2025. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Chemi­cals Group Berhad (PCG) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM633 juta pada suku kedua 2023, berban­ding RM536 juta suku pertama, mengekalkan daya tahan kewa­ngannya walaupun berhadapan dengan persekitaran pasaran yang mencabar.

Menurut PCG, peningkatan PAT sebanyak 18 peratus tersebut disebabkan keuntungan penukaran mata wang asing yang tidak direalisasi berikutan kenaikan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding ringgit.

Katanya, pendapatan Kumpulan bagaimanapun berkurang sebanyak enam peratus suku ke suku kepada RM7.1 bilion daripada RM7.6 bilion suku pertama, berikutan permintaan yang lebih rendah daripada pengguna dan sektor pembuatan serta tekanan kos disebabkan oleh inflasi.

Jelasnya, harga purata pro­duk dan penyebaran produk turut menurun pada suku tersebut, selaras dengan penurunan harga minyak mentah.

Tambahan pula, kadar penggunaan loji juga berkurang berikutan gangguan bekalan bahan mentah kepada loji metanol dan urea di Labuan dan Sabah, yang menyebabkan penurunan dalam pengeluaran dan jumlah jualan.

Pada separuh pertama 2023, PCG mencatatkan pendapatan sebanyak RM14.7 bilion dan PAT setinggi RM1.2 bilion.

Kumpulan turut mengisytiharkan pembayaran dividen interim sebanyak lapan sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dengan jumlah keseluruhan RM640 juta yang akan dibayar pada September 2023.

MOHD. YUSRI MOHAMED YUSOF

Pengarah Urusan dan Ke­tua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, pihaknya menghadapi kekangan luaran yang sangat mencabar pada suku kedua.

“Loji kami di Labuan dan Sabah mengalami penutupan yang tidak dirancang berikutan gangguan bekalan bahan mentah gas yang sementara, yang turut menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran dan jumlah jualan.

“Perkara ini menambahkan lagi tekanan kepada penurunan margin yang kami hadapi sejak Disember 2022 akibat harga dan penyebaran produk yang berkurangan,” ujarnya.

Mengulas mengenai prospek bagi separuh kedua 2023, Mohd. Yusri berkata, dalam beberapa minggu ini, harga produk telah menunjukkan peningkatan dengan aliran pertumbuhan dalam harga minyak mentah dan aktiviti penambahan semula stok.

“Namun demikian, kami menjangkakan margin kekal di paras yang kurang memberangsangkan.

“Kami masih perlu berhadapan dengan kos operasi yang lebih tinggi, kadar pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang perlahan dan persaingan tambahan daripada aliran-aliran baharu dalam industri, khususnya di China dan AS.

“Permintaan untuk segmen bahan kimia khusus dijangkakan untuk kekal rendah, selari dengan pertumbuhan pengeluaran perindustrian sedunia yang perlahan dan turut memberi kesan kepada permintaan daripada pasaran akhir,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN