Shell App tersedia di semua stesen minyak menjelang Oktober

Shell App tersedia di semua stesen minyak menjelang Oktober

SEOW Lee Ming (kanan) bersama Ketua Pemasaran Mobiliti Shell Malaysia, Yu Li Ching pada majlis pelancaran Shell App di Shell LDP Puchong South. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shell Malaysia menjangkakan aplikasi mudah alihnya, Shell app tersedia di semua 1,010 stesen minyaknya di seluruh negara menjelang akhir September atau awal Oktober ini

Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata, Shell App yang direka untuk menaik taraf pengalaman mengisi minyak di Shell dengan membolehkan pembayaran yang lebih selesa dari dalam kereta, kini boleh digunakan di 650 stesen minyak Shell.

Katanya, Shell App yang dilengkapi sistem pengesahan keselamatan 3-D Secure, merupakan aplikasi pembayaran minyak yang pertama di negara ini dengan perlindungan keselamatan tambahan.

Jelasnya, ia sebagai jaminan kepada pengguna untuk pengalaman yang lebih selesa dan bebas daripada ancaman penipuan siber.

“Dalam dunia hari ini yang serba pantas, orang ramai mahukan keselesaan dan kemudahan melalui inovasi, mengikut citarasa mereka sendiri.

“Sinonim dengan syarikat kami yang sentiasa berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu, Shell App berfungsi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan di Shell,” katanya pada pelancaran tersebut di Stesen Shell Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)-Puchong di sini.

Sementara itu, Lee Ming berkata, aplikasi tersebut boleh digunakan dengan kad debit dan kredit untuk tujuan pembayaran dan pihaknya dalam proses perbincangan dengan pemain e-wallet untuk tujuan yang sama.

“Kami sedang bekerjasama dengan rakan e-wallet untuk membolehkan mereka di aplikasi ini juga. Semoga dapat dilakukan pada tahun ini atau secepat mungkin,” tambahnya.

Beliau berkata, Shell App bukan hanya memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta, malah memastikan perjalanan mereka lebih mudah dan memberi lebih ganjaran.

“Harapan kami adalah untuk menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan menjadikan segalanya lebih selesa untuk pelanggan,” katanya.

Tambahnya, menerusi integrasi BonusLink di dalam Shell App, pelanggan kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga dan pada masa yang sama tebus ganjaran eksklusif daripada Shell. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN