SAS 2023: sasar RM700 juta padanan perniagaan

SAS 2023: sasar RM700 juta padanan perniagaan

HASAN Azhari Idris (tengah) pada sidang akhbar SAS 2023 di Ibu Pejabat Invest Selangor di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pameran Udara Selangor (SAS) 2023 bakal menampilkan 41 pesawat ringan milik syarikat-syarikat antarabangsa dengan sasaran transaksi jualan atau padanan perniagaan sehingga RM700 juta.

Pameran anjuran Invest Se­langor Berhad (Invest Selangor) yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 September ini di SkyPark RAC, Bukit Jelutong, di sini turut menyasarkan kehadiran sehingga 20,000 pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, sasaran tersebut ditetapkan berdasarkan lebih daripada 10 MoU dan Sale and Purchase (S&P) dalam servis, pembuatan dan kapal terbang sepanjang pameran SAS 2023.

“Tahun lepas, kita berjaya merekodkan transaksi jualan berjumlah RM1.1 bilion. Namun setelah meneliti pelbagai aspek, kita mensasarkan jumlah transaksi bagi SAS 2023 adalah RM700 juta. Kalau kita boleh dapat lebih banyak jualan, itu lebih baik

“SAS 2023 akan menempatkan 41 pameran pesawat statik selain 117 pempaper dari enam negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Denmark, Singapura dan Hong Kong yang mengambil bahagian,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan SAS merupakan platform bagi pemain industri aeroangkasa untuk mempamerkan teknologi terbaharu yang diterapkan dalam pesawat buatan mereka.

Justeru itu, beliau mengajak orang ramai untuk tidak melepaskan peluang bagi melihat sendiri kesemua pesawat yang akan ditampilkan dalam SAS 2023.

“Selain pertunjukan pesawat, kita turut mengadakan pertunjukan dron yang terbahagi kepada dua pertunjukan, iaitu Drone Soccer dan Drone Race,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN