RHB Islamic, PNB dan UMK bantu ansaf tingkat ekonomi asnaf

RHB Islamic, PNB dan UMK bantu ansaf tingkat ekonomi asnaf

DISSADIKIN Ali (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan zakat untuk projek ternak ayam kampung kacuk wakil UMK di Kampus Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjalinkan kerjsama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan asnaf di negeri ini menerusi Projek Penternakan Ayam Kampung Kacuk (PTAKK).

Pengarah Urusan RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali berkata, melalui kerjasama dengan UMK menerusi Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPek) itu, para peserta akan didedahkan dengan ilmu berkait pengurusan ladang, kepakaran teknikal serta pemasaran produk dalam usaha menjadikan mereka usahawan.

Menurutnya, sebagai permulaan RHB Islamic dan PNB menyerahkan zakat sebanyak  RM600,000 bagi menjayakan program yang melibatkan 60 keluarga asnaf di Kampung Nenasi di sini, bermula bulan depan.

“Projek ini mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat termasuk warga akademik UMK dalam berkepakaran melibatkan pengurusan agro ekosistem.

“Pada masa sama, ia turut membuka peluang penyelidikan kedoktoran veterinar secara praktikal serta menggalakkan inovasi tempatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
(MoU) Usahasama Strategik antara RHB Islamic dan PNB bagi penyerahan zakat itu di UMK Kampus Bachok di sini, hari ini.

Adissadikin memberitahu, UMK diberi kepercayaan penuh kerana sebelum ini pusat pengajian itu berjaya melaksanakan projek yang sama di Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU).

Katanya, projek yang menggunakan dana sebanyak RM99,800 daripada PNB bermula Mac 2021 hingga Februari 2022, telah memberi impak apabila para peserta berjaya keluar daripada kemiskinan dan mampu berdikari.

“Untuk program di Kampung Nenasi ini, kita bahagikan kepada tiga peringkat melibatkan 12 asnaf menternak ayam, pemprosesan dan penyediaan makanan (empat orang) dan empat lagi mengurus penyediaan penetasan baka anak ayam (hatchery) yang turut melibatkan 40 ansaf secara tidak langsung,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN