Funding Societies perkenal pelaburan patuh Syariah jangka pendek

Funding Societies perkenal pelaburan patuh Syariah jangka pendek GN-i

Pelabur berpeluang untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan pelaburan terjamin patuh syariah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Funding Societies, memperkenalkan Nota Pelaburan Islamik Terjamin (GN-i) yang memberi peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka menerusi nota pelaburan patuh Syariah jangka pendek.

Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Sekuriti menunjukkan RM368.13 juta daripada RM1.7 bilion diperoleh melalui pelaburan patuh Syariah membabitkan platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) atau pembiayaan digital PKS dan platform pendanaan ekuiti ramai (ECF).

Menurut beliau, dengan potensi pertumbuhan sektor ini, pemain teknologi kewangan (fintech) telah dikenal pasti sebagai pemboleh utama untuk penyelesaian berinovasi dalam ekonomi halal dan kewangan sosial Islam.

“Oleh itu, Funding Societies menyasar untuk menyumbang kepada pembangunan ekosistem pasaran modal Islam seperti yang dibayangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dengan memperkenalkan pilihan patuh Syariah untuk PKS dan pelabur.

“Para pelabur kini berpeluang untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan pelaburan terjamin patuh Syariah yang kemudiannya membantu merapatkan jurang pembiayaan PKS berjumlah RM90 bilion dengan menyokong usaha PKS Malaysia untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Kien Poon berkata, sebagai platform pembiayaan digital PKS, Funding Societies menyediakan pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi nota pelaburan yang didanai pelabur runcit, individu bernilai tinggi dan institusi.

Jelas beliau, pembayaran daripada PMKS, termasuk prinsipal dan pulangan, dikutip oleh platform tersebut sebelum diagihkan kepada pelabur mengikut jadual yang telah dipersetujui, merangkumi tempoh sehingga 24 bulan.

“Funding Societies telah mengagihkan lebih RM2 bilion dalam bentuk pembiayaan di Malaysia sejak ditubuhkan pada 2017, dengan penawaran penyelesaian modal yang tidak merumitkan kepada PMKS.

“Selain menyediakan akses pembiayaan kepada PKS terpinggir yang mempunyai kepercayaan kredit, kami turut menetapkan jumlah pelaburan minimum yang rendah untuk pelabur kami bermula daripada RM100 untuk setiap nota dengan pulangan kasar sehingga lapan peratus,” katanya.

Beliau berkata, GN-i ditawarkan mengikut prinsip murabahah komoditi melalui pengaturan Tawarruq, digabungkan dengan kontrak kafalah (jaminan).

“Sekiranya PKS mungkir, entiti penjamin akan menanggung keperluan pembayaran balik dan memberi pampasan kepada pelabur sewajarnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN