Fitztox bantu suri rumah jana pendapatan

Fitztox bantu suri rumah jana pendapatan

PENGASAS DN’S Beauty, Nur Jauhatul Dinnie Mohamed Johari dan suami, Syukry Radzuan meraikan stokis dan ejen pada program Meledak Of The Year 2022 di Manjung, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA dengan keinginan un­tuk tampil menarik dan langsing, wanita ini mula mencari sesuatu yang dapat membantunya mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Hasratnya ketika itu cuma satu, selain untuk mengekalkan tahap kesihatan, dia juga mahu meningkatkan keyakinan diri yang sebelumnya merundum ekoran masalah tersebut.

Namun, siapa sangka, idea menghasilkan produk minuman tambahan Fitztox, bukan sahaja membantunya mendapatkan berat badan ideal, malah pada masa sama membantu individu lain terutama suri rumah dan pelajar menjana pendapatan.

Pengasas DN’S Beauty Solution (DN’S Beauty), Nur Jauhatul Dinnie Mohamed Johari, 33, berkata, walaupun tidak sampai setahun Fitztox berada dalam pasaran, permintaan terhadap produk itu dilihat cukup memberangsangkan.

Lebih menggembirakan lagi katanya, apabila ada dalam kalangan stokis dan ejen berjaya meraih pendapatan hingga ke enam angka hasil jualan produk tersebut.

“Terhasilnya Fitztox adalah untuk saya sendiri. Ketika itu saya sering mengalami sakit-sakit lutut dan tumit, pergerakan pula terbatas dan cepat penat.

“Apabila saya melihat sendiri perubahan dengan berat badan turun sedikit demi sedikit dan rasa lebih sihat, saya terfikir kenapa saya tidak cuba bantu orang lain yang alami masalah sama.

“Saya melihat Fitztox sebagai produk yang boleh diketengahkan, malah sejak dilancarkan pada Julai 2022, lebih 500,000 kotak telah terjual dengan banyak testimoni pelanggan yang berjaya menurunkan berat badan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, perkembangan media sosial dengan wujudnya pelbagai platform pemasaran melalui TikTok, Facebook dan Instagram menjadikan Fitztox cepat menjadi bualan ramai.

Sebagai contoh katanya, melalui affiliate di Tiktok, surirumah dan pelajar antara golongan yang paling ramai merebut peluang untuk menjana pendapatan dengan hanya mempromosikan Fitztox di media sosial masing-masing.

“Melalui affiliate, mereka tidak perlu mengeluarkan modal mahupun menyimpan produk, sebaliknya hanya mempromosikan Fitztox dan memperoleh komisyen hasil jualan.

“Cara ini sangat sesuai untuk membantu menjana pendapatan bukan sahaja bagi suri rumah dan pelajar malah bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan,” katanya.

NUR Jauhatul Dinnie Mohamed Johari dan suami, menunjukkan produk Fitztox.

Beliau memberitahu, ada dalam kalangan affiliate dan ejen-ejennya yang sanggup berhenti kerja apabila mampu meraih pendapatan melebihi gaji bulanan.

“Dalam keadaan ekonomi semasa, ramai yang merasakan satu kerja tidak mampu untuk menampung hidup, jadi pilihan yang boleh mereka buat adalah berniaga secara dalam talian.

“Seiring dengan misi dan visi DN’S Beauty, kami ingin membangunkan potensi usahawan kecil ini supaya mampu memperbaiki ekonomi keluarga melalui perniagaan dengan bimbingan dan strategi yang betul.

“Sebagai contoh, usahawan di bawah DN’S Beauty sendiri mampu merekodkan jualan seba­nyak RM1.8 juta dalam masa tiga bulan, malah ada antara mereka sanggup berhenti kerja selepas meraih komisyen RM9,000 sebulan,” katanya.

Nur Jauhatul Dinnie memberitahu, dia dan pengasas bersama, Syuk­ry Radzuan, 38, menyasarkan pertambahan ejen dan stokis sebanyak 20,000 orang pada tahun hadapan termasuk di Indonesia, Singapura dan Brunei.

Katanya, setakat ini, seramai lebih 5,000 ejen dan stokis berdaftar di seluruh negara di mana rata-rata mereka berjaya menjana pendapatan lumayan hasil jualan Fitztox.

“Kita juga menyasarkan untuk Fitztox memasuki pasaran luar iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei sebelum akhir tahun ini.

“Memang kita ada permintaan tinggi dari negara luar terutamanya Indonesia. Setakat ini, kita masih belum mempunyai ejen di sana dan sedang berusaha untuk tembusi pasaran negara tersebut,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan bersama DN’S Beauty dipelawa turut serta dengan menghubu­ngi talian 011-32554567, 011-10745677 atau 011-55845675. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×