Ringgit melemah beri kesan harga ubat - Duopharma - Utusan Malaysia

Ringgit melemah beri kesan harga ubat – Duopharma

LEONARD Ariff Abdul Shatar (dua kiri) bergambar pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-22 Duopharma, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga ubat-ubatan keluaran syarikat farmaseutikal tempatan dijangka meningkat sekiranya ringgit terus melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh masa panjang.

Ia ekoran syarikat pengeluar produk farmaseutikal tempatan terpaksa menanggung kerugian disebabkan transaksi eksport bahan mentah menggunakan dolar AS.

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Bhd., Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, syarikat berkenana turut tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan harga ubatnya jika ringgit terus melemah.

“Sekiranya ringgit melemah bagi tempoh lama kami akan melakukan tiga langkah utama iaitu mengawal eksport pembelian bahan mentah, melaksanakan langkah instrumen kewangan dan akhir sekali menyelaras harga ubat-ubatan kami.

“Dengan kata lain kita menyampaikan kenaikan harga kepada pengguna atau pembeli. Kami telah melaraskan harga kami tetapi jelas sekali untuk tender kerajaan satu-satunya masa anda benar-benar boleh menaikkan harga apabila produk dikendalikan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-22 Duopharma, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Leonard Ariff berkata, Duopharma sebelum ini menetapkan perbelanjaan operasinya berdasarkan unjuran kadar ringgit di antara RM4.40 sehingga RM4.60 berbanding dolar AS.

“Jika anda tanya kadar pertukaran yang selesa bagi kumpulan ia adalah RM4.20 berbanding dolar AS untuk mengekalkan Senarai Pembelian Produk yang Diluluskan (APPL).

“Ini kerana APPL yang ditenderkan pada 2017 ditetapkan dengan kadar pertukaran sekitar RM4.30, jadi untuk tender baharu, kesan kadar pertukaran akan digunakan dalam pengiraan baharu kami,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa produk ubat-ubatan dan farmaseutikal telah mengalami peningkatan harga sejak suku keempat tahun lalu dan ia merupakan produk tempatan.

Bagaimanapun jelasnya, Duopharma tidak boleh menaikkan harga jualan ubatnya sesuka hati memandangkan ia merupakan penyedia produk farmaseutikal terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak produk.

“Untuk menaikkan harga jualan ubat dan produk kami ia akan mengambil masa ekoran terdapat pelbagai perbincangan perlu kami laksanakan dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya