Ketidaktentuan ekonomi AS penyumbang kejatuhan ringgit - Utusan Malaysia

Ketidaktentuan ekonomi AS penyumbang kejatuhan ringgit

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Faktor ketikdaktentuan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi pasaran antarabangsa menjadi penyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit negara.

Menjelaskan situasi itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sejak enam bulan lalu, penetapan dasar kewangan dan ekonomi AS telah melalui satu krisis ke krisis baharu sejak awal tahun ini.

Katanya, Bank Pusat AS sedang mencari jalan dan belum memberi isyarat nyata sama ada untuk meneruskan dasar atau menetapkan kadar faedah sekali gus menimbulkan ketidaktentuan ekonomi global.

“Setiap berlaku ini maka pasaran antarabangsa melindungi risiko memilih dua perlindungan pelaburan selamat iaitu emas dan dolar.

“Sekitar Februari pula ada kebimbangan kemampanan sektor perbankan di AS dan Eropah sehingga berlanjutan ke bulan Mei kerana situasi politik AS tidak ada persetujuan mengenai had siling hutang kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pasca Mesyuarat Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) di sini hari ini.

Dua hari lalu, ringgit susut daripada pengukuhannya pada minggu lalu apabila ditutup rendah berbanding dolar AS turun ke paras 4.6030/6060 berbanding dolar AS daripada 4.5970/6035 yang dicatatkan pada akhir urus niaga Jumaat lalu.

Ia susulan penurunan harga minyak mentah serta jangkaan kenaikan kadar faedah di negara maju itu pada bulan depan.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, kedudukan prestasi mata wang Malaysia pada DIsember tahun lalu hingga awal Februari dilihat mengukuh kerana situasi kestabilan politik dan prestasi ekonomi negara bertambah baik.

Bagaimanapun, katanya, bermula Februari, ia mula menurun rentetan daripada krisis yang diluar kawalan kerajaan.

“Pandangan saya, ada perkara yang diluar kawalan kita dan ada perkara dalam kawalan kita ketika menguruskan ekonomi. Apa yang penting kita mengambil perspektif keseluruhan prestasi ekonomi itu.

“Selain daripada prestasi matawang, prestasi keseluruhan ekonomi menunjukkan perkembangan pertumbuhan baik dari suku ke suku termasuk prestasi inflas dan kita kekal berwaspada tetapi optimis pertumbuhan ini memberi gambaran baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.