PETALING JAYA: Airbus Helicopters (Airbus) telah mengadakan upacara di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) untuk meraikan 10 tahun operasi armada H225M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Acara itu turut dihadiri Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan, ditemani Lt. Kol. Paranjothi Manogharan. Pada acara tersebut, Ketua Asia-Pasifik Airbus Helicopters, Vincent Dubrule, telah menyampaikan anugerah kepada Panglima TUDM untuk meraikan kejayaan yang dicapai. Menurut…