Integrasi TFX Islamic, Dragonlfy Fintech

Integrasi TFX Islamic, Dragonfly Fintech

HALMI Halim (kiri) bersama kakitangan TFX Islamic.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYEDIA solusi pembiayaan rantaian bekalan patuh syariah, TFX Islamic mengumumkan integrasi platformnya dengan platform peer-to-peer EDLX Dragonfly Fintech.

Integrasi itu membolehkan perniagaan mengakses pilihan pembiayaan yang lebih cepat dan cekap bagi mereka yang mencari pembiayaan alternatif.

Platform EDLX Dragonfly Fintech merupakan platform berdasarkan rantaian bekalan yang membolehkan perniagaan terhubung dengan pelabur dan pemberi pinjaman secara langsung, tanpa perlu melalui perantara atau institusi kewangan tradisional.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TFX Islamic, Halmi Halim, dengan mengintegrasikan sistem pembiayaan rantaian bekalan TFX Islamic, perniagaan boleh mengakses pilihan pembiayaan patuh syariah yang dibina di sekitar perkongsian keuntungan dan risiko, bukannya pinjaman berdasarkan faedah.

“Kami bersemangat untuk mengintegrasikan sistem pembiayaan rantaian bekalan kami de­ngan platform EDLX Dragonfly Fintech pada ProximaX Sirius Chain.

“Integrasi ini membolehkan kami menawarkan pilihan pembiayaan yang lebih cepat dan cekap kepada perniagaan yang beroperasi selaras dengan prinsip kewangan Islam,” katanya.

Halmi menjelaskan, integrasi itu membolehkan perniagaan membuat kontrak pintar yang menentukan terma pembiayaan, termasuk kadar faedah, jadual pembayaran balik dan butiran lain.

Pelabur dan pemberi pinjaman kemudiannya boleh melayari kontrak itu dan memilih untuk melabur dalam kontrak yang memenuhi pilihan pembiayaan mematuhi prinsip syariah.

“Sistem pembiayaan TFX Islamic memastikan bahawa semua pilihan pembiayaan mematuhi prinsip syariah,” jelas beliau lagi.

Integrasi TFX Islamic dan EDLX Dragonfly Fintech untuk membantu perniagaan dari semua saiz dan industri meng­akses pembiayaan yang mereka perlukan untuk berjaya.

“Dengan memanfaatkan kedua-dua kekuatan teknologi blockchain dan pilihan pembiayaan patuh syariah, kedua-dua syarikat sedang mencipta sistem kewangan yang lebih cekap, telus dan inklusif yang memberi manfaat kepada semua pihak terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN