AHTV dibangun sebagai hab kenderaan generasi akan datang

AHTV dibangun sebagai hab kenderaan generasi akan datang

Kilang Proton di Tanjung Malim, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DRB-Hicom Berhad dan Geely menandatangani Perjanjian Induk (HOA) bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat dan membolehkan Automotive High-Tech Valley (AHTV) dibangunkan sebagai hab kenderaan generasi akan datang di Tanjong Malim.

Menurut kenyataannya, AHTV akan merangkumi rantaian nilai penyelesaian automotif dan mobiliti secara meluas, daripada pusat penyelidikan dan pembangunan global berteknologi tinggi sehingga kepada kluster pembuatan dan perkhid­matan sokongan serta ekosistem yang berkaitan.

Katanya, fokus HOA tersebut ialah pembangunan bandar raya automotif bersepadu yang akan melahirkan hab bagi industri kenderaan tenaga baharu (NEV).

“Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, AHTV dijangka menarik pelaburan bernilai kira-kira RM32 bilion, termasuk pelaburan daripada syarikat kereta nasional Proton.

“AHTV juga akan mempero­lehi faedah secara langsung serta tidak langsung daripada rancangan Proton untuk memindahkan semua fasiliti pembuatannya ke Tanjong Malim menjelang 2026.

“Ketika ini, Proton mengeluarkan lima model kereta di AHTV dan dua model di Shah Alam, Selangor,” katanya.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar bagi pihak DRB-HICOM, manakala Geely diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Geely Holding Group, Daniel Li Donghui.

Perjanjian tersebut ditandatangani di Forum Perniagaan Malaysia-China yang berlangsung sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

DRB-Hicom berkata, keluasan kawasan AHTV dianggarkan kira-kira 404.6 hektar dan boleh diluaskan lagi mengikut keperluan masa hadapan.

“AHTV juga akan mempunyai universiti penyelidikan untuk memupuk bakat baharu dan pembangunan di dalam bidang teknologi baharu untuk industri dan sektor automotif secara amnya.

“Ia juga akan menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan yang membolehkan pembuat kereta menguji ken­deraan dalam persekitaran tropika,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×